Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Maafkan A . L kerana lama menghilang dan tak pernah lagi mengemaskini
entri terbaru A . L . Sekarang ini A . L menimba pengalaman baru dengan bekerja
sebagai pekerja am di kilang ART FIBERGLASS PANEL . Kilang ni aku baru
tahu kewujudannya pun baru ini . Setelah 20 tahun beroperasi . Walhal , dekat
dengan rumah aku tu .Boleh tak tahu pula .
Mula – mula memang aku rasa susah nak faham cara kerja orang kat kilang
tu . Yang tak seronoknya aku kena BULI . Suruh sapu lah , kutip sampah yang
bukan aku buang lah . Salah sikit je
kena tengking macam anak tiri . Rasa nak macam nak nangis kat situ juga . Hadap
panas lagi , habuk . Allah sahaja yang tahu derita nak cari duit halal tu macam
mana . Nak cari yang tak halal senang je dapat . Itu perbezaannya .
Tapi , kan orang Myanmmar ni terutama sekali perempuan , dia kalau ada
kawannya memang menjadi . Mengumpat la apa lah tapi dalam bahasa dia tapi ,
Tapi , kan kalau kena gayanya bual dengan mereka ni seronok jadinya .
Itupun kawan aku si Mee Mee namanya ,
dia dah tak ada kawan dengan aku pun jadi bual . Sebab dah mati kutu tak tahu
nak bual dengan siapa lagi kan . Kalau ada si gemuk Sun Sun tu jangan harap la
.
Yang aku tabik tentang mereka ni , bila hari Ahad pun diorang sanggup
bekerja . Kalau aku memang tak la . Tauke caakap sekali pun diorang dah faham .
Lagi best diorang lagi cepat buat kerja berbanding aku . Tak ada diorang pun
aku susah jugak .
Kerja kat sini memang kena banyak bersabar .Kena tahan panas , tahan
sakit kaki dan kena tahan telinga lah . Nak cari kerja lain pun dengan zaman
sekarang yang serba serbi kena guna wayar bukannya senang . Nak tak nak harung
je lah .
Lagipun aku kerja kat situ
bukannya lama pun . Kalau diizinkan Allah , 1.05 . 2020 aku kena bersara wajib
. Kalau tak ada aral melintang dan ddengan izin Allah aku akan bakal menamatkan
zaman bujang bulan 6 tahun hadapan . Aku tetap
sayang dengan kerja ni . EPF dia banyak tu . OT dia 1 jam RM 10 .50 kalau sampai pukul 10 .00 malam dah berapa
kan ..Aku tetap berpegang dengan kata kata ini . Kalau kerja macam lembu pun
kalau badan sakit ada yang nak peduli kat kau .. TAK ADA KAN ???