Wednesday, 8 November 2017

Alhamdulillah ❤

Wednesday, November 08, 2017 3 Comments


Assalamualaikum W.B.T dan Bismillah.. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas nikmat sihat yang dibagi kepada aku… Dapat bernafas lagi dimuka bumi Allah…  Semalam adalah tarikh keluar keputusan  pemeriksaan kesihatan aku berkaitan dengan TB. Alhamdulillah. Aku tak ada penyakit TB..Cuma Anemia je.. Sel darah merah kurang. Alhamdulillah sangat.. Mungkin doa mak aku yang tak putus-putus kot yang merubah keputusan tu menjadi positif.

Mula-mula tu memang cuak sebab doctor ada tanya kat  aku ada keluarga yang pernah kena TB tak. Aku cakap arwah atuk aku. 24 tahun yang lalu  arwah atuk aku dulu meninggal sebab penyakit TB nie.

Banyak prosedur yang kena tempuh..Macam check darah , check kahak, dengan XRAY dada.. Masa buat X RAY dada tu memang aku dah cuak de bebeh dah nie.. Doktor tu cakap XRAY dada aku tak cantik…tapi dia cakap suruh tunggu result kahak..

Lepas tu kena buat FBC ( Full Blood Count )  pulak. Iaitu ujian darah. Tak sarapan tak pe pergi terus ambik darah.. Kau mendapat kau lengan lebam sebab urat halus diselaputi lemak degilku ini.. Muahaha..

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB

3 hari berturut-turut buat Sputum AFB ( sputum for Asid Fast Bacilli ) iaitu buat ujian kahak. Dia bagi botol suruh bawa balik.. Tiap pagi kena kahak haktuih masuk dalam botol. Sebelum berus gigi kena buat mende tu… Dah tu hantar kat makmal.. …. Untuk pengetahuan korang aku kena buat ESR  ( LAJU ENDAP DARAH ) , FBC dengan Sputum AFB tu hujung bulan lepas..

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Botol pertama

Selain itu, kena buat ujian TB dalam bahasa Inggeris Mantoux Test ( tuberculin skin test ). Dia ada suntik satu ubat nie aku tak tahu ubat ape dah tu dia cucuk atas kulit je.. Kalau bintat besar kemungkinan adalah tu. Tapi, nurse tu cucuk langsung takde bintat pun .. Makin gatal tempat bintat tu adalah.Dia suntik bukan terus tengok tau. Hari ketiga hantar kahak tu baru dia ukur bape panjang bintatnya..Nak tahu apa itu mantoux test sila baca ini Mantoux Test


Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Yang dibulatkan tulah tempat cucuknya


Hari Isnin tu punyalah banyak orang sebab hari Ahad klinik cuti mendadak… Almaklumlah kan JDT menang Piala Malaysia..So macam semutlah orang kan klinik nie.. Tunggu sampai kematu jejak ke tengahari… Aku sempat tido oi.. hahaha

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB

Aku syak mungkin itu hari XRAY dada aku tak cantik sebab hari-hari aku dok hidu jiran sebelah tu merokok plus aku ada tonsil. Memang menjadi – jadi lah batuknya Macam mana aku nak elak sedangkan aku duduk berdekatan dengan rumah diorang.. Dulu indon sekarang bertambah lagi kawan si Indon nie jiran nombor 3 nie anak – beranak termasuk mak pak diorang anak perempuan SEMUA MEROKOK!!. Dah sindir pun tetap ketegaq merokok.. 

Nak tak nak kenalah bukak tingkap besar-besar bagi hilang bau rokok nie..
Ingatlah korang yang merokok nie.. Kalau kau nak sangat merokok pergilah jauh-jauh daripada anak bini korang.. Tak kesian ke kasik dok hidu bau rokok dan jadikan insan tersayang korang tu jadi secondhand smoker.. Macam tak de otak.. 

Apa faedah merokok??.. Tak de ape faedah pun.. Biasanya orang yang merokok nie dia penting diri sendiri.. Sedap hembus yang dapat penyakit orang lain … Pikiaq lah..

Balik kepada kes batuk tadi kalau korang batuk yang jenis susah nak baik nie baiklah pergi buat pemeriksaan secepat mungkin… Jangan tangguh-tangguh… Pasal tetiba ada anemia tu.. Sebenarnya aku nie cubalah test amalkan nasi sekepal dan hari-hari sayur tu masak air. Dah tu nasi cuma sekali je makan… Konon nak diet..

Sebab diet giler-giler nielah darah jadi rendah.. 8.5 je tinggal.. Nasib bukan 5 macam yang aku kena dulu..  Guess what?. Aku jumpa lagi ubat yang aku makan 7 tahun yang lepas… Dah macam mengandung je suruh makan pil nie.. Kalau korang nak tahu 7 tahun yang lepas aku makan iron tablet tu kejap je.. Tak tahan aku selera makan jadi tinggi . Takut gemuk aku stop mendadak makan ubat tu….

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Yeah!! hadiah berharga ni

Nak diet tu boleh tapi aku nie jenis tak boleh tinggal nasi. Dalam sehari mesti makan nasi tak boleh tak makan nasi… Buat sementara waktu ( sebulan je pun bukan lama )  nie terpaksa lah makan kena lebih sikit.. Tapi , doctor tu cakap aku tak gemuk sedang-sedang je.. Alahai pertama kali orang puji aku yang aku tak bape nak gemuk dan terasa macam nak melayang ke awan dah aku masa tu.. Dahlah doktor peberet aku..


Lepas nie aku nak sihat sepenuhnya daripada batuk teruk nie.. Aku tekad tak nak diet teruk-teruk lagi . Nak kawal makan je.. Tak kisah lah lepas nie orang nak ejek aku gemuk ke hape aku buat pekak je.. Sampai sini sajalah coretan aku untuk hari ini assalamualaikum dan bye!!




Sunday, 5 November 2017







Hi!! Assalamualaikum hampa .. Hari ini ada GA baik punya daripada kak Qiya Saad .. Jom hampa hadiah apa yang menarik untuk hampa join..


Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20


Huihh best nie... Hampa yang nak join.. Pi lah klik banner tu ye... 

Wednesday, 1 November 2017

1001 Rasa Ragam Cinta

Wednesday, November 01, 2017 0 Comments
cinta

Bismillah dan assalamualaikum kepada semua pengikut setia aku. Rasa tumpang gembira dengan rakan-rakan aku yang dah bahagia dengan suami dan anak-anak diorang.. Kawin?? Memang terdetik dalam hati bila lah nak kawin ada anak macam diorang.. Aku pun manusia biasa ada hati jugak nak kawin bukannya batu..

Tetapi , dek pengalaman buruk aku dalam bercinta membuatkan aku takut nak percaya dengan orang yang aku sendiri tak kenal… Macam-macam soalan dalam otak aku boleh ke orang sekian-sekian terima aku keluarga aku yang sederhana dengan aku yang tak berapa nak comel nie , ndut pulak tu, semekin ( miskin ) tak de duit simpanan, tak belajar tinggi. Boleh ke dia hidup dengan aku..

Yang nak minang bukan sorang dua tapi dah banyak tapi tulah yang macam aku cakap kat atas nie.. Belum jumpa aku bolehlah cakap boleh terima aku tak kisah semua tapi kalau dah nama LELAKI takdenya nak terima perempuan yang serba kekurangan.. Paling cikai pun ada kerja yang boleh jamin hidup diorang.. Tapi, aku bukan nak assume semua laki tapi sesetengahnya kalau perempuan tu tak cantik satu hal tak de duit takde kerja takde certificate memang diorang pandang sebelah mata jelah… Kalau pandang, kalau tak pergi mampus..

Belum lagi yang kisah kat KRT yang macam-macam ragam tu… Lagi buat aku takut nak kawin… Aku sejak putus banyak kali aku susah nak percaya orang.. Tell me how to trust men??..





Sunday, 29 October 2017

Tuberculosis , tanda-tanda tuberkulosis, pencegahan
SUMBER GOOGLE

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini jom kita mengenali penyakit yang pernah popular sewaktu era tahun 40 an..Penyakit Tuberkulosis adalah disebabkan jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia dikenali sebagai batuk kering . Penyakit ini disebarkan melalui udara yang dibawa oleh pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk..

Penyakit TB boleh menyerang semua organ didalam badan termasuk otak, tulang, kelenjar limfa,buah pinggang dan kulit.. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai pulmonary tuberculosis.

TANDA-TANDA

1.   Batuk yang berlanjutan
2.   Batuk berdarah.
3.   Demam dan berpeluh pada waktu petang dan malam
4.   Hilang selera makan atau turun berat badan
5.   Sakit dada semasa batuk dan sukar bernafas
6.   Mudah letih dan lemah
7.   Serak suara

Jika mempunyai tanda – tanda penyakit ini kamu semua perlu membuat pemeriksaan diklinik
kesihatan dan hospital kerajaan . Pemeriksaan yang dibuat adalah ujian kahak dan x ray dada.
Penyakit TB boleh jadi bahaya kalau tidak membuat pemeriksaan dari awal.. Seperti yang AL cakap 
tadi penyakit ini boleh merebak ke organ didalam badan kita… Ahli keluarga dan orang berdekatan 
dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk buat pemeriksaan lanjut..

Penyakit TB boleh sembuh. Rawatan TB di Malaysia menggunakan sistem rawatan ( DOTS ) iaitu 
Directly Observed Therapy, short course yang diiktiraf oleh pihak WHO. Pengambilan ubat diambil 
dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu. Rawatan perlu diambil selama 6 
hingga 8 bulan. Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4  hingga 6 
bulan.. Jika rawatan diikuti sepenuhnya pesakit akan sembuh..

CARA PENCEGAHAN

1.   Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
2.   Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
3.   Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
4.   Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
5.   Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
6.   Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Memang doktor bukan Tuhan tapi kalau ada penyakit baik kita cegah dari awal.. Jangan sudah
terhantuk baru nak terngadah. Time tu tak boleh nak kata apa dah. Kita bukan duduk kat zaman
lampau. Dulu bolehlah cakap dulu ubat takde..Sekarang ubat sudah ada pun tak nak pergi.. Ish.. ish..
tepuk dada tanyalah diri..Musim batuk nie baiklah pergi klinik cepat-cepat ye..

Satu pertiga dari penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8.9 hingga 9.9 juta kes dilaporkan dan pada tahun 2008, TB membunuh 5,000 orang setiap hari di seluruh dunia.Pada tahun 2010, kadar insiden TB di seluruh dunia ada 82 per 100,000 penduduk, sementara di Malaysia adalah 68 per 100,000 penduduk.

SUMBER DAN DIOLAH OLEH AL :  http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/


Friday, 27 October 2017

SELASA

17.10.2017

Assalamualaikum W.B.T

#THAIFISHBURGER


Itu hari kan aku bermuaTHAI dengan burger #THAIFISHBURGER . Pada kunyahan pertama aku patty ikan dia biasa jer bagi aku… Macam nak goring isi ikan tilapia dengan tepung… Macam kau makan ikan waktu tengahari kat rumah..

Tetapi , rakan-rakanku

Yang menjadi penguat rasa bagi #THAIFISHBURGER nie adalah bawang dan sos kari hijau pekat dia… Sebab apa yang aku tahu kari hijau original Thailand dia guna lada hijau tegak tu bagi pedas… Bawang tu bahan sokongan untuk bagi dia pedas… Sos #THAIFISHBURGER nie pedasnya sesuai untuk budak-budak. Yang suka pedas gila-gila macam aku pada aku dia cuma kepedasan tahap biasa jer…

#THAIFISHBURGER


Berapa bintang yang AL nak bagi…



Untuk rasa AL bagi 1/10 dan untuk tahap pedas dia pun 1/10… So sape yang nak rasa pergilah ke Mc Donald berdekatan… Sementara masih ada jual MCD … hahahha enjoy your food… 


#THAIFISHBURGER
sorry tinggal bungkus... hahahhaah








SELASA

17.10.2017

Assalamualaikum W.B.T

Pertama sekali AL nak ucapkan tanniah kepada graduan yang telah menamatkan pengajian di UITM Segamat dan menjadi alumni UITM Segamat… Suka dalam duka AL tengok korang… Happy tengok korang dalam jubah… Aku pulak rasa nak nangis time tu..


Tapi,

Pagi tu semua elok je.. Siap boleh posing maut sekali dengan kasut bulu gebu aku… Tak semena sampai je warung tapak kasut aku  patah… Alamak!!.. masa penting jugaklah dia nak patah… Nasib baik UO Segamat tu dekat dengan tempat makan… So,,gegas ke sana dapatlah kasut baru…



Mula-mula elok je pakai tapi melecet kat jari pulak… Jalan sampai senget benget nak tahankan jari yang sakit… Yang paling menyirap… kebetulan mak dan bapak kawan adik aku diorang tak datang so kad  jemputan tu bagilah aku…


Tetapi lagi,

Pasangan aku nie adik kepada kawan adik aku nie yang sepatutnya masuk dengan aku tak boleh masuk sebab baju!!... Aku macam nak rak cari dia merata call sampai salah nombor . Last jumpa dia dekat dengan pintu dewan… Panas je aku bukan reti nak cari aku… Minta maaf ke hape… haram tak de pun..
saje je aku hitamkan gambar nie... nak gambar cari kat IG aku

Akhirnya, aku mereputlah kat luar dengan panas berdenting hari tu sambil dengar lagu haryati yang tak bape sedap tu.. … Kat bawah khemah dah penuh orang… Baik duduk depan speaker… Nasiblah ada gegirl yang manis jelita nie… Sila cari IG okay!!...@me.jihya 

Ramai kan!!


Okay sampai situ jelah cerita nie… Nanti selanjutnya aku sambung ceritanya.. ada kaitan dengan nie jugak... tunggu tau...Macam tak percaya je adik aku dah grad.. Macam baru semalam je hantar dia pergi Segamat... Banyak betul kenangan kat Segamat nie.. Yang penting masa grad ijazah nanti aku akan pastikan yang aku berteman dan tak sorang-sorang lagi... Kenapa tak de gambar adik aku??sebab dia tak suka ambik gambar.. hahahha


#uitmkonvokesyen87
#diarialialiyana
#ALOktoberStory




Monday, 24 July 2017

Assalamualaikum W.B.T . Alhamdulillah diam tak diam kita sudah sampai ke penghujung syawal dah.. Dah bulan Zulkaedah besok.. So, hari nie AL nak cerita lah pasal hari raya puasa AL pada tahun nie.

Tahun nie alhamdulillah untuk tahun ke 5 kuih-muih rumah AL di sponsor oleh kedai-kedai kuih yang AL pernah kunjungi.. AL puas hati sangat semperit tahun nie tak manis sangat.. At least tak lah sakit gigi kan.. ( gula dah mahal T_  T ) Tart pun sedap

Tapi,

Paling tak best AL tak jadi balik kampung disaat persiapan semua dah siap.. Aduhh geramnya.. Tak dapat nak jalan-jalan pergi Kota Tinggi. Sobs sobs.. Tapi, AL sebagai anak pun paham ler masalah yang tak dapat dielakkan oleh ayah AL.



Walaupun tak beraya alhamdulillah rumah AL dikunjungi sanak-saudara , kawan mak sampai tak menang tangan AL.  Yang penting sape yang pergi rumah AL dapatlah makan rending opor Bugis piaw dan air pilihan AL Jus manga Pran sentiasa ada kat rumah AL..



Raya ketiga , pergi rumah mak long AL sebelah mak.. Uishh meriah betul dengan kek lapis dia.. Yang AL paling ingat Sarawak nie terkenal dengan kek lapis masam manis.. Dapat jugaklah merasa.. Mesti best  kalau dapat beraya kat Sarawak..
Tapi, yang penting kita kena bersyukur walaupun tak dapat balik raya at least kita boleh beraya dengan aman..Tak dalam suasana perang..  Dalam kita syok makan bertan-tan ingatlah ada orang lain yang tak dapat sambut raya,makan makanan sedap, dan pakai baju baru macam kita



Thursday, 6 July 2017

warga asing , pakistan, india , bangladesh
IKHSAN GUGEL

Kesian . Itu yang aku dapat katakan sekarang.Hari Isnin syawal ke 9, lori pekerja jiran aku kena curi. Kejadian kecurian tu pun mak aku sendiri nampak depan mata, tapi tak boleh buat apa-apa sebab aku berdua je perempuan plus yang mencuri tu pun India. Kalau dikatoknya aku dengan mak aku naye je.. Jiran aku tu pun dia tak bagi nombor telefon dia kat aku.. At least bolehlah roger2.. Dah tu dia boleh tanya kenapa tak kejut diorang.. Macam yang aku cakap tadi konco dia ramai.. Korang rasa aku nie selfish sangat ke??.. Kalau sorang tak pe pencuri  tu. Aku kena pikir keselamatan aku jugak.

Tapi , aku tak tahulah kenapa pagi tu aku boleh sedor yang diorang tak boleh sedor.. Maybe ada kuntau kot.. Drebar dia yang duduk dalam kete dan kete tu parking bersebelahan lori tu pun boleh tak sedar.. Tak ke pelik tu.. Fyi, diorang sedar pukul 07: 25 AM . Tak memasal satu hari tu mak aku kena interview macam mana lori tu boleh hilang.. Termasuk pekerjanya sekali menanya mak aku..

Diorang nie dah biasa kerja sekali tak kerja macam buntu muka diorang.. Asyik ngadu je tak ada kirija. Korang tahu kan pekerja nie dari mana.. hihihi… Drebar dia je orang melayu.. Mula-mula memang aku tak berapa suka dengan kehadiran warga asing ke negara kita nie.. Tapi,, kemasukan diorang nie ada hikmahnya jugak.. Kalau tak ada diorang nie industri pembuatan dan pertanian pdan pembangunan dan dan lagi tak akan berkembang maju jika tak ada orang macam dia nie.. Dan kau pun tak akan sedar dan rebut peluang untuk bekerja jika diorang tak masuk sini.

Diorang nie heran dengan mak aku sebenarnya.. Balik kebun pakai kotor-kotor diorang siap tanya lagi mak aku kerja mana lah anak bape orang.. Mak aku pun melayan lah.. Tak layan apa pulak nanti kata dia kan.. Yang membuatkan aku sentap gila babeng mak aku citer, dia punya amma iaitu mak diorang nie tak kerja. Appa diorang tak kasik kirja. Kat sana orang laki je pi koje perempuan duduk rumah urus rumah tangga..Aku kerja kutip tin diorang tau?

Tapi, diorang tak tahu mak aku nie jenis tak boleh duduk diam… Ada je yang dia nak buat. Dah tu yang paling best sekali diorang ingat mak aku orang Indon… Dahell betei lah.. Diorang tanya sekarang polis banyak tangkap orang asing yang tak ada permit.. Dia habaq dia yang ada permit pun dia takut. Kawan dia pun banyak yang kena tangkap..

warga asing , pakistan, india , bangladesh
hai yadek menis

Yang tak sedapnya, diorang duduk 5 hari barang diorang kena rembat dengan mat gian.. Jam dia telefon dengan duit torobang.. Mak aku cakaplah sini banyak mat gian . Rumah saya pun pernah masuk orang 2 kali. Blah .. blah.. blah. Terus dia habaq.. “Kenapalah dia tak mau kirija,Kenapa mesti mau ambil barang orang itu tidak bagus..Nak itu barang mesti mau kirija”

Situ je aku dah malu habis dengan lelaki Malaysia yang  kebanyakkannya jadi mat gian  tak nak kerja.. Sampai bila lah nak jadi macam nie wahai rakyat Malaysia.. Manalah TPM tak cakap rakyat Malaysia malas dan terlalu memilih kerja.. Sebab nielah .. Ikutkan rakyat Malaysia pun salah kerja panas tak nak buat .. Apa yang selama nie TPM cakap nie masuk akal.. Pada mulanya aku adalah penentang hebat kata-kata TPM pasal kerja memlih nie..

Pengajarannya kat sini diorang memang lebih rajin berbanding kita-kita kat sini. Diorang nak sesuatu diorang sanggup korban pergi ke sini untuk kerja..Tak macam orang sini.. Penat sikit je dah berhenti koje.. ( aku lah tu hahah ). Tak semua warga asing tu jahat.. Cuma, dengan warga asing nie baik je jangan baik sangat.. Tu je .. Tak jadi nak benci diorang nie.. Sebab diorang pun manusia sama macam kita..

Sekian..
#diariAL





Monday, 12 June 2017


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saturday, 10 June 2017

#METURN24

Saturday, June 10, 2017 0 Comments
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah. 09.06.2017 hari Jumaat ( semalam ) genaplah umur aku 24 tahun... Alhamdulillah sampai ke hari ini aku masih bernafas dan melihat bumi Allah yang maha cantik nie..
Terima kasih kepada yang dah wish birthday saya.. Alhamdulillah dah 24 tahun dah tua bangka dan nak menjelang umur 25 dah.. Tahun depan dah boleh mengundi dah pun.. Hajat aku tahun nie tak nak lah banyak.. Janji sihat tubuh badan dan dapat laksanakan segala impian aku dengan mak aku yang belum tercapai lagi.

TERIMALAH MUKA SEGABAK INI UNTUK ANDA


Akhir kata , aku dah tak hirau lagi apa orang cakap buruk pasal aku.. Sekarang aku nak pekakkan telinga je.. KAWIN?? Tunggulah panggilan Allah macam mana... Kalau ada adelah kalau takde takdelah.. Tak payah sibuk nak tanya hokay!

Love
- AL -


p/s : macam nak tukar template je... ermmm 

Tuesday, 16 May 2017

Assalamualaikum W.B.T

Sebelum itu, Al-Fatihah kepada arwah adik muhamad Thaqif Amin yang meninggal dunia bulan lepas.. Cerita ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan arwah.. Tapi, nasib aku sedikit bertuah kerana aku tidak diperlakukan seperti itu. Dan yang buat kat arwah nie warden bukan cikgu. Harap cerita yang aku hendak sampaikan nie menjadi pedoman kepada cikgu-cikgu yang tengah membaca entri ini.  Sempena hari guru nie teringat aku kat satu cikgu nie. Kenangan nie pun dah 11 tahun. Tapi , aku tetap tak dapat lupakan apa yang dia dah buat kat aku. Memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Kes buli adik Thaqif
HARIAN METRO 27.07.2017



Tahun 2006 merupakan tahun pertama aku di SMK Datuk Menteri. Tak seperti budak lain masuk ke alam menengah adalah saat paling happy. ( aku dapat rasa pun sipi-sipi je happy tu. ) Sape yang seangkatan dengan aku tahulah sape cikgu nie.. Aku panggil dia Cikgu  S.
Cikgu S nie mengajar dalam subjek Kemahiran Hidup. Satu tahun nielah aku rasa aku macam kat neraka. Satu cikgu nie je yang aku paling tak suka.. Bila aku teringat adik yang baru meninggal baru-baru nie teringat aku dulu..

Macam-macam cikgu nie dah buat kat aku.. tamparnya lain.. makinya lain.. Hati nie pedih Allah je yang tahu. Buku log hinggap kat kepala pun pernah. Yang paling aku tak terima tu , masa tu biasalah budak KH ada test masak untuk get a mark..

Masa tu aku masak lepat pisang. Mak aku dah pesan baik punya suruh buat baik-baik. Kuantiti tepung tu mak dah letak cun-cun untuk dua tingkat periuk kukus. Tapi, tak memasal dia suruh guna satu tingkat je.. Masa tu buat punyalah banyak.. Aku dengan bodohnya buatlah seperti apa yang dia cakap. Nak tahu apa yang jadi??...

Yang bawah masak yang atas taklah.. Hancur semua kuih aku.. Masa tu dahlah noob pasal masak.. Kasi tempoh untuk masak bape jam je.. Rasa hampa giler tak tahu nak cakap macam mana .. Berserah je masa tu..

Kes buli adik Thaqif
HARIAN METRO 27.04.2017


2 hari selepas peristiwa memasak tu.. Cikgu tu panggil nama aku dan dia suruh pergi ke dapur yang aku masak tempoh hari.. Tengok apa yang tak kena.. Sekali aku periksa tertinggal bungkusan lepat lembik kat bawah dapur.. Pergh dia punya maki tak ingat.. Aku mengaku memang salah aku.. Tapi, at least tolonglah buangkan ke.. Aku dah lupa nak buat macam mana.. Kuih aku rosak pun sebab kau.. Hampa giler aku dengan cikgu tu..

Menjahit.. Dia suruh buat pola masa tu.. Sumpahlah memang aku noob giler pasal jahit nie jugak. Pola aku banyak tak betul pun dia marah, campak-campak file.. Dia koyak suruh buat balik.. Pedih tau pedih.. Masa suruh buat tu kau cakap macam-macam.. Tak pandailah apelah.. Sebab tak pandai lah aku belajar

Sebab tulah aku tak suka nak menjahit walaupun mak aku seorang tukang jahit.. Puas mak aku cakap suruh belajar jahit.. Tapi, aku tetap cakap tak nak.. Sebab cikgu nielah
Banyaklah gossip yang aku dengar  pasal cikgu nie tapi aku buat dunno je.. Percaya tak korang aku sejak daripada form 1 sampailah habis sekolah aku tak pernah tegur dia senyum tak waima salam pun..

Korang kena percaya aku ialah orang yang macam tu.. Dalam majlis izin ilmu pun aku tak salam dia.. Jahat kan aku..

Tapi, aku nak cakap pada cikgu tu, thanks cikgu buat saya macam tu. Thanks jugak kat cikgu sebab cikgu saya bertekad saya mesti lebih terror memasak berbanding cikgu. Saya dah pandai masak dah.. Cikgu nak makan ape je saya boleh masak. Tapi, cikgu , cukuplah saya je cikgu seksa perasaan saya. Murid lain tolong cikgu jangan buat macam tu ye Selamat Hari Guru..








Sunday, 14 May 2017

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini AL nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu seluruh dunia dan ibu saya sendiri iaitu Puan Kamariah Binti Berdani. Terima kasih mak selalu jadi ‘food tester’ kakak. Tak jemu bagi nasihat dan kritikan untuk setiap masakan yang kakak masak. Walaupun masakan akak buat mak tak berak 3 hari.. Tapi mak tetap cakap sedap. Selalu ada masa kakak sedih dan gembira. Selalu jadi kawan gaduh kakak ( sebab kakak tak de kawan jadi boring ) . Banyak lagilah.. Kalau setakat cakap akak rasa banyak lagi akak nak cakap. 

Selamat Hari Ibu 2017
NIELAH THE BEST FOOD TESTER


Yang penting akak doakan mak sihat selalu dan selalu gembira. Selagi akak bernyawa akak tak akan bagi sesiapa sakiti mak. Itu janji akak… Walaupun bukan hari Ibu pun akak sayang mak sampai syurga. Tu je akak nak cakap..


Jom baca sejarah Hari Ibu


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.











Thursday, 4 May 2017


King Coco babi , pepek Zack Zainefer , Mass siew kaki clubbing



MENGAKUNYA MELAYU. TAPI… | Assalamualaikum W.B.T . Selalulah meng’scroll’ gambar di newsfeed IG. Banyak jugaklah minah salleh jadian kat IG nie.. Especially perempuan. Laki tak sangat. Nama sedap-sedap melayu , tapi pakai baju serupa perempuan Cina. Aku banyak nak tanya korang. Korang rasa macam tak terbakar ke panas-panas terik pakai baju ‘sketing’ seluar pun sampai macam boleh pakai spender??.. Korang rasa korang seksi ke??

Baju tu satu lagi satu perangai… Nauzubillah min zalik lah .. Amboi amboi amboi … Perempuan sekarang teguk air setan tak reti segan lagi dah… Menari apa entah lagi.. Melihat perangai korang, aku rasa malu betul nak mengaku yang korang sekaum dengan aku… Bila ditegur pandai pulak jangan nak menyibuk hal orang lah , sila meninggal lah.. Macam-macam lagi yang kau cakap.

Aku tegur sebab aku sayang kaum aku . Orang perempuan lah yang senang masuk syurga bila korang buat amal kebaikan. Ingatlah korang kecantikan kita body gols dan usia masa muda bukanlah tiket kita untuk berjoli sakan.. Orang kata selagi ada nafas buatlah kebaikan.. Pegi kelab malam tu tak best mana awak.. Baik awak tidur je awak… Senang nak bangun subuh.. Tak ke gitu sedare sekaum ku sekalian…

Pesanan ikhlas daripada kaum sejenis mu


AL