Tuesday, 16 May 2017

CIKGU KEJAM!

Assalamualaikum W.B.T

Sebelum itu, Al-Fatihah kepada arwah adik muhamad Thaqif Amin yang meninggal dunia bulan lepas.. Cerita ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan arwah.. Tapi, nasib aku sedikit bertuah kerana aku tidak diperlakukan seperti itu. Dan yang buat kat arwah nie warden bukan cikgu. Harap cerita yang aku hendak sampaikan nie menjadi pedoman kepada cikgu-cikgu yang tengah membaca entri ini.  Sempena hari guru nie teringat aku kat satu cikgu nie. Kenangan nie pun dah 11 tahun. Tapi , aku tetap tak dapat lupakan apa yang dia dah buat kat aku. Memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Kes buli adik Thaqif
HARIAN METRO 27.07.2017



Tahun 2006 merupakan tahun pertama aku di SMK Datuk Menteri. Tak seperti budak lain masuk ke alam menengah adalah saat paling happy. ( aku dapat rasa pun sipi-sipi je happy tu. ) Sape yang seangkatan dengan aku tahulah sape cikgu nie.. Aku panggil dia Cikgu  S.
Cikgu S nie mengajar dalam subjek Kemahiran Hidup. Satu tahun nielah aku rasa aku macam kat neraka. Satu cikgu nie je yang aku paling tak suka.. Bila aku teringat adik yang baru meninggal baru-baru nie teringat aku dulu..

Macam-macam cikgu nie dah buat kat aku.. tamparnya lain.. makinya lain.. Hati nie pedih Allah je yang tahu. Buku log hinggap kat kepala pun pernah. Yang paling aku tak terima tu , masa tu biasalah budak KH ada test masak untuk get a mark..

Masa tu aku masak lepat pisang. Mak aku dah pesan baik punya suruh buat baik-baik. Kuantiti tepung tu mak dah letak cun-cun untuk dua tingkat periuk kukus. Tapi, tak memasal dia suruh guna satu tingkat je.. Masa tu buat punyalah banyak.. Aku dengan bodohnya buatlah seperti apa yang dia cakap. Nak tahu apa yang jadi??...

Yang bawah masak yang atas taklah.. Hancur semua kuih aku.. Masa tu dahlah noob pasal masak.. Kasi tempoh untuk masak bape jam je.. Rasa hampa giler tak tahu nak cakap macam mana .. Berserah je masa tu..

Kes buli adik Thaqif
HARIAN METRO 27.04.2017


2 hari selepas peristiwa memasak tu.. Cikgu tu panggil nama aku dan dia suruh pergi ke dapur yang aku masak tempoh hari.. Tengok apa yang tak kena.. Sekali aku periksa tertinggal bungkusan lepat lembik kat bawah dapur.. Pergh dia punya maki tak ingat.. Aku mengaku memang salah aku.. Tapi, at least tolonglah buangkan ke.. Aku dah lupa nak buat macam mana.. Kuih aku rosak pun sebab kau.. Hampa giler aku dengan cikgu tu..

Menjahit.. Dia suruh buat pola masa tu.. Sumpahlah memang aku noob giler pasal jahit nie jugak. Pola aku banyak tak betul pun dia marah, campak-campak file.. Dia koyak suruh buat balik.. Pedih tau pedih.. Masa suruh buat tu kau cakap macam-macam.. Tak pandailah apelah.. Sebab tak pandai lah aku belajar

Sebab tulah aku tak suka nak menjahit walaupun mak aku seorang tukang jahit.. Puas mak aku cakap suruh belajar jahit.. Tapi, aku tetap cakap tak nak.. Sebab cikgu nielah
Banyaklah gossip yang aku dengar  pasal cikgu nie tapi aku buat dunno je.. Percaya tak korang aku sejak daripada form 1 sampailah habis sekolah aku tak pernah tegur dia senyum tak waima salam pun..

Korang kena percaya aku ialah orang yang macam tu.. Dalam majlis izin ilmu pun aku tak salam dia.. Jahat kan aku..

Tapi, aku nak cakap pada cikgu tu, thanks cikgu buat saya macam tu. Thanks jugak kat cikgu sebab cikgu saya bertekad saya mesti lebih terror memasak berbanding cikgu. Saya dah pandai masak dah.. Cikgu nak makan ape je saya boleh masak. Tapi, cikgu , cukuplah saya je cikgu seksa perasaan saya. Murid lain tolong cikgu jangan buat macam tu ye Selamat Hari Guru..








Sunday, 14 May 2017

SELAMAT HARI IBU 2017

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini AL nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu seluruh dunia dan ibu saya sendiri iaitu Puan Kamariah Binti Berdani. Terima kasih mak selalu jadi ‘food tester’ kakak. Tak jemu bagi nasihat dan kritikan untuk setiap masakan yang kakak masak. Walaupun masakan akak buat mak tak berak 3 hari.. Tapi mak tetap cakap sedap. Selalu ada masa kakak sedih dan gembira. Selalu jadi kawan gaduh kakak ( sebab kakak tak de kawan jadi boring ) . Banyak lagilah.. Kalau setakat cakap akak rasa banyak lagi akak nak cakap. 

Selamat Hari Ibu 2017
NIELAH THE BEST FOOD TESTER


Yang penting akak doakan mak sihat selalu dan selalu gembira. Selagi akak bernyawa akak tak akan bagi sesiapa sakiti mak. Itu janji akak… Walaupun bukan hari Ibu pun akak sayang mak sampai syurga. Tu je akak nak cakap..


Jom baca sejarah Hari Ibu


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.











Tuesday, 9 May 2017

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN


 3 perkataan yang menggambarkan blog BusyraTakiyudin ialah teratur , cantik dan comel









Sunday, 7 May 2017

Saturday, 6 May 2017

Thursday, 4 May 2017

MENGAKUNYA MELAYU. TAPI…


King Coco babi , pepek Zack Zainefer , Mass siew kaki clubbing



MENGAKUNYA MELAYU. TAPI… | Assalamualaikum W.B.T . Selalulah meng’scroll’ gambar di newsfeed IG. Banyak jugaklah minah salleh jadian kat IG nie.. Especially perempuan. Laki tak sangat. Nama sedap-sedap melayu , tapi pakai baju serupa perempuan Cina. Aku banyak nak tanya korang. Korang rasa macam tak terbakar ke panas-panas terik pakai baju ‘sketing’ seluar pun sampai macam boleh pakai spender??.. Korang rasa korang seksi ke??

Baju tu satu lagi satu perangai… Nauzubillah min zalik lah .. Amboi amboi amboi … Perempuan sekarang teguk air setan tak reti segan lagi dah… Menari apa entah lagi.. Melihat perangai korang, aku rasa malu betul nak mengaku yang korang sekaum dengan aku… Bila ditegur pandai pulak jangan nak menyibuk hal orang lah , sila meninggal lah.. Macam-macam lagi yang kau cakap.

Aku tegur sebab aku sayang kaum aku . Orang perempuan lah yang senang masuk syurga bila korang buat amal kebaikan. Ingatlah korang kecantikan kita body gols dan usia masa muda bukanlah tiket kita untuk berjoli sakan.. Orang kata selagi ada nafas buatlah kebaikan.. Pegi kelab malam tu tak best mana awak.. Baik awak tidur je awak… Senang nak bangun subuh.. Tak ke gitu sedare sekaum ku sekalian…

Pesanan ikhlas daripada kaum sejenis mu


AL