Tuesday, 16 May 2017

CIKGU KEJAM!

Assalamualaikum W.B.T

Sebelum itu, Al-Fatihah kepada arwah adik muhamad Thaqif Amin yang meninggal dunia bulan lepas.. Cerita ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan arwah.. Tapi, nasib aku sedikit bertuah kerana aku tidak diperlakukan seperti itu. Dan yang buat kat arwah nie warden bukan cikgu. Harap cerita yang aku hendak sampaikan nie menjadi pedoman kepada cikgu-cikgu yang tengah membaca entri ini.  Sempena hari guru nie teringat aku kat satu cikgu nie. Kenangan nie pun dah 11 tahun. Tapi , aku tetap tak dapat lupakan apa yang dia dah buat kat aku. Memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Kes buli adik Thaqif
HARIAN METRO 27.07.2017



Tahun 2006 merupakan tahun pertama aku di SMK Datuk Menteri. Tak seperti budak lain masuk ke alam menengah adalah saat paling happy. ( aku dapat rasa pun sipi-sipi je happy tu. ) Sape yang seangkatan dengan aku tahulah sape cikgu nie.. Aku panggil dia Cikgu  S.
Cikgu S nie mengajar dalam subjek Kemahiran Hidup. Satu tahun nielah aku rasa aku macam kat neraka. Satu cikgu nie je yang aku paling tak suka.. Bila aku teringat adik yang baru meninggal baru-baru nie teringat aku dulu..

Macam-macam cikgu nie dah buat kat aku.. tamparnya lain.. makinya lain.. Hati nie pedih Allah je yang tahu. Buku log hinggap kat kepala pun pernah. Yang paling aku tak terima tu , masa tu biasalah budak KH ada test masak untuk get a mark..

Masa tu aku masak lepat pisang. Mak aku dah pesan baik punya suruh buat baik-baik. Kuantiti tepung tu mak dah letak cun-cun untuk dua tingkat periuk kukus. Tapi, tak memasal dia suruh guna satu tingkat je.. Masa tu buat punyalah banyak.. Aku dengan bodohnya buatlah seperti apa yang dia cakap. Nak tahu apa yang jadi??...

Yang bawah masak yang atas taklah.. Hancur semua kuih aku.. Masa tu dahlah noob pasal masak.. Kasi tempoh untuk masak bape jam je.. Rasa hampa giler tak tahu nak cakap macam mana .. Berserah je masa tu..

Kes buli adik Thaqif
HARIAN METRO 27.04.2017


2 hari selepas peristiwa memasak tu.. Cikgu tu panggil nama aku dan dia suruh pergi ke dapur yang aku masak tempoh hari.. Tengok apa yang tak kena.. Sekali aku periksa tertinggal bungkusan lepat lembik kat bawah dapur.. Pergh dia punya maki tak ingat.. Aku mengaku memang salah aku.. Tapi, at least tolonglah buangkan ke.. Aku dah lupa nak buat macam mana.. Kuih aku rosak pun sebab kau.. Hampa giler aku dengan cikgu tu..

Menjahit.. Dia suruh buat pola masa tu.. Sumpahlah memang aku noob giler pasal jahit nie jugak. Pola aku banyak tak betul pun dia marah, campak-campak file.. Dia koyak suruh buat balik.. Pedih tau pedih.. Masa suruh buat tu kau cakap macam-macam.. Tak pandailah apelah.. Sebab tak pandai lah aku belajar

Sebab tulah aku tak suka nak menjahit walaupun mak aku seorang tukang jahit.. Puas mak aku cakap suruh belajar jahit.. Tapi, aku tetap cakap tak nak.. Sebab cikgu nielah
Banyaklah gossip yang aku dengar  pasal cikgu nie tapi aku buat dunno je.. Percaya tak korang aku sejak daripada form 1 sampailah habis sekolah aku tak pernah tegur dia senyum tak waima salam pun..

Korang kena percaya aku ialah orang yang macam tu.. Dalam majlis izin ilmu pun aku tak salam dia.. Jahat kan aku..

Tapi, aku nak cakap pada cikgu tu, thanks cikgu buat saya macam tu. Thanks jugak kat cikgu sebab cikgu saya bertekad saya mesti lebih terror memasak berbanding cikgu. Saya dah pandai masak dah.. Cikgu nak makan ape je saya boleh masak. Tapi, cikgu , cukuplah saya je cikgu seksa perasaan saya. Murid lain tolong cikgu jangan buat macam tu ye Selamat Hari Guru..








16 comments:

  1. Kejam...
    Teringat juga kat cikgu muzik saya time darjah 6, serius jahat 360 degree...
    Bukan setakat lempar duster, lempar kerusi pun ada...

    ReplyDelete
  2. aduh sempena hari guru terbaca kisah hitam plak. mungkin ada cikgu macam tu, tapi tak ramai. jangan salahkan kaum cikgu, salahkan individu tersebut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haraplah tak semua... guru untuk mendidik bukan jadi pembuli

      Delete
  3. sampai tampar? cikgu prempuan ke yang buat tu?

    ReplyDelete
  4. aduhai dear. confirm trauma nak masuk kelas KH kalo mcm tu.. mnakutkn cikgu mcm tu.. mgkin ada masalah personal then tbawa2 dlm tugas tp mmg xprofesional huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada pun masalah personal... tapi trauma saya yang tak boleh hilang sepanjang persekolahan

      Delete
  5. Ouch! Segelintir je la cikgu yang camni kan. Pernah gak saya ada cikgu yang suka bagi kata-kata tak best & menghiris camni. Masa Hari Guru, dia la yang paling kurang dapat hadiah diterima murid. Kesian pon ada. Haih. Tapi nak buat camne, dia sendiri yang buat students tak suka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. segelintir je yang macam nie

      Delete
  6. Trauma betul cikgu macam tu.Alhamdulillah masa sekolah menengah cikgu semua baik2. Time sekolah rendah je ada sikit peristiwa gelap macam ni.

    ReplyDelete
  7. Patut kena tindakan cikgu tu. Xpatut btul lempang2 n maki gitu. Aishh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak pe... kalau kena kat zaman viral nie konpom cikgu nie masuk jail

      Delete
  8. assalammualaikum..saya tumpang singgah dan follow ya

    ReplyDelete