Sunday, 14 May 2017

SELAMAT HARI IBU 2017

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini AL nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu seluruh dunia dan ibu saya sendiri iaitu Puan Kamariah Binti Berdani. Terima kasih mak selalu jadi ‘food tester’ kakak. Tak jemu bagi nasihat dan kritikan untuk setiap masakan yang kakak masak. Walaupun masakan akak buat mak tak berak 3 hari.. Tapi mak tetap cakap sedap. Selalu ada masa kakak sedih dan gembira. Selalu jadi kawan gaduh kakak ( sebab kakak tak de kawan jadi boring ) . Banyak lagilah.. Kalau setakat cakap akak rasa banyak lagi akak nak cakap. 

Selamat Hari Ibu 2017
NIELAH THE BEST FOOD TESTER


Yang penting akak doakan mak sihat selalu dan selalu gembira. Selagi akak bernyawa akak tak akan bagi sesiapa sakiti mak. Itu janji akak… Walaupun bukan hari Ibu pun akak sayang mak sampai syurga. Tu je akak nak cakap..


Jom baca sejarah Hari Ibu


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.











6 comments:

  1. selamat hari ibu mak! semoga sentiasa dikurniakan kesihatan dan keselamat dimana jua mak berada Insyaallah

    salam kenal AL. dari segmen http://kotakconteng.blogspot.my/2017/05/segmen-mencari-bloglist-by-kinah.html

    done follow taw =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak Husna.. Terima kasih singgah sini

      Delete
  2. Tarot dok kt perlis, study...x dapat nak sambut mother's day..

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/supplement-terbaik-untuk-lelaki-abad.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak Tarot.. Terima kasih singgah sinI. Tak pelah Tarot hari-hari pun hari Ibu bukan semalam je kan..

      Delete
  3. Happy Mother's Day untuk mak awak. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete