Sunday, 29 October 2017

TB ( Tuberkulosis )

Tuberculosis , tanda-tanda tuberkulosis, pencegahan
SUMBER GOOGLE

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini jom kita mengenali penyakit yang pernah popular sewaktu era tahun 40 an..Penyakit Tuberkulosis adalah disebabkan jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia dikenali sebagai batuk kering . Penyakit ini disebarkan melalui udara yang dibawa oleh pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk..

Penyakit TB boleh menyerang semua organ didalam badan termasuk otak, tulang, kelenjar limfa,buah pinggang dan kulit.. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai pulmonary tuberculosis.

TANDA-TANDA

1.   Batuk yang berlanjutan
2.   Batuk berdarah.
3.   Demam dan berpeluh pada waktu petang dan malam
4.   Hilang selera makan atau turun berat badan
5.   Sakit dada semasa batuk dan sukar bernafas
6.   Mudah letih dan lemah
7.   Serak suara

Jika mempunyai tanda – tanda penyakit ini kamu semua perlu membuat pemeriksaan diklinik
kesihatan dan hospital kerajaan . Pemeriksaan yang dibuat adalah ujian kahak dan x ray dada.
Penyakit TB boleh jadi bahaya kalau tidak membuat pemeriksaan dari awal.. Seperti yang AL cakap 
tadi penyakit ini boleh merebak ke organ didalam badan kita… Ahli keluarga dan orang berdekatan 
dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk buat pemeriksaan lanjut..

Penyakit TB boleh sembuh. Rawatan TB di Malaysia menggunakan sistem rawatan ( DOTS ) iaitu 
Directly Observed Therapy, short course yang diiktiraf oleh pihak WHO. Pengambilan ubat diambil 
dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu. Rawatan perlu diambil selama 6 
hingga 8 bulan. Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4  hingga 6 
bulan.. Jika rawatan diikuti sepenuhnya pesakit akan sembuh..

CARA PENCEGAHAN

1.   Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
2.   Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
3.   Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
4.   Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
5.   Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
6.   Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Memang doktor bukan Tuhan tapi kalau ada penyakit baik kita cegah dari awal.. Jangan sudah
terhantuk baru nak terngadah. Time tu tak boleh nak kata apa dah. Kita bukan duduk kat zaman
lampau. Dulu bolehlah cakap dulu ubat takde..Sekarang ubat sudah ada pun tak nak pergi.. Ish.. ish..
tepuk dada tanyalah diri..Musim batuk nie baiklah pergi klinik cepat-cepat ye..

Satu pertiga dari penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8.9 hingga 9.9 juta kes dilaporkan dan pada tahun 2008, TB membunuh 5,000 orang setiap hari di seluruh dunia.Pada tahun 2010, kadar insiden TB di seluruh dunia ada 82 per 100,000 penduduk, sementara di Malaysia adalah 68 per 100,000 penduduk.

SUMBER DAN DIOLAH OLEH AL :  http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/


2 comments:

  1. betul.. :) apapun kena pegi hospital jugak. Malaysia ni antara yg beriso nak kena penyakit TB sebabnya terlampau ramai rakyat asing

    ReplyDelete