1001 Rasa Ragam Cinta

cinta

Bismillah dan assalamualaikum kepada semua pengikut setia aku. Rasa tumpang gembira dengan rakan-rakan aku yang dah bahagia dengan suami dan anak-anak diorang.. Kawin?? Memang terdetik dalam hati bila lah nak kawin ada anak macam diorang.. Aku pun manusia biasa ada hati jugak nak kawin bukannya batu..

Tetapi , dek pengalaman buruk aku dalam bercinta membuatkan aku takut nak percaya dengan orang yang aku sendiri tak kenal… Macam-macam soalan dalam otak aku boleh ke orang sekian-sekian terima aku keluarga aku yang sederhana dengan aku yang tak berapa nak comel nie , ndut pulak tu, semekin ( miskin ) tak de duit simpanan, tak belajar tinggi. Boleh ke dia hidup dengan aku..

Yang nak minang bukan sorang dua tapi dah banyak tapi tulah yang macam aku cakap kat atas nie.. Belum jumpa aku bolehlah cakap boleh terima aku tak kisah semua tapi kalau dah nama LELAKI takdenya nak terima perempuan yang serba kekurangan.. Paling cikai pun ada kerja yang boleh jamin hidup diorang.. Tapi, aku bukan nak assume semua laki tapi sesetengahnya kalau perempuan tu tak cantik satu hal tak de duit takde kerja takde certificate memang diorang pandang sebelah mata jelah… Kalau pandang, kalau tak pergi mampus..

Belum lagi yang kisah kat KRT yang macam-macam ragam tu… Lagi buat aku takut nak kawin… Aku sejak putus banyak kali aku susah nak percaya orang.. Tell me how to trust men??..





0 Comments