Alhamdulillah ❤



Assalamualaikum W.B.T dan Bismillah.. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas nikmat sihat yang dibagi kepada aku… Dapat bernafas lagi dimuka bumi Allah…  Semalam adalah tarikh keluar keputusan  pemeriksaan kesihatan aku berkaitan dengan TB. Alhamdulillah. Aku tak ada penyakit TB..Cuma Anemia je.. Sel darah merah kurang. Alhamdulillah sangat.. Mungkin doa mak aku yang tak putus-putus kot yang merubah keputusan tu menjadi positif.

Mula-mula tu memang cuak sebab doctor ada tanya kat  aku ada keluarga yang pernah kena TB tak. Aku cakap arwah atuk aku. 24 tahun yang lalu  arwah atuk aku dulu meninggal sebab penyakit TB nie.

Banyak prosedur yang kena tempuh..Macam check darah , check kahak, dengan XRAY dada.. Masa buat X RAY dada tu memang aku dah cuak de bebeh dah nie.. Doktor tu cakap XRAY dada aku tak cantik…tapi dia cakap suruh tunggu result kahak..

Lepas tu kena buat FBC ( Full Blood Count )  pulak. Iaitu ujian darah. Tak sarapan tak pe pergi terus ambik darah.. Kau mendapat kau lengan lebam sebab urat halus diselaputi lemak degilku ini.. Muahaha..

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB

3 hari berturut-turut buat Sputum AFB ( sputum for Asid Fast Bacilli ) iaitu buat ujian kahak. Dia bagi botol suruh bawa balik.. Tiap pagi kena kahak haktuih masuk dalam botol. Sebelum berus gigi kena buat mende tu… Dah tu hantar kat makmal.. …. Untuk pengetahuan korang aku kena buat ESR  ( LAJU ENDAP DARAH ) , FBC dengan Sputum AFB tu hujung bulan lepas..

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Botol pertama

Selain itu, kena buat ujian TB dalam bahasa Inggeris Mantoux Test ( tuberculin skin test ). Dia ada suntik satu ubat nie aku tak tahu ubat ape dah tu dia cucuk atas kulit je.. Kalau bintat besar kemungkinan adalah tu. Tapi, nurse tu cucuk langsung takde bintat pun .. Makin gatal tempat bintat tu adalah.Dia suntik bukan terus tengok tau. Hari ketiga hantar kahak tu baru dia ukur bape panjang bintatnya..Nak tahu apa itu mantoux test sila baca ini Mantoux Test


Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Yang dibulatkan tulah tempat cucuknya


Hari Isnin tu punyalah banyak orang sebab hari Ahad klinik cuti mendadak… Almaklumlah kan JDT menang Piala Malaysia..So macam semutlah orang kan klinik nie.. Tunggu sampai kematu jejak ke tengahari… Aku sempat tido oi.. hahaha

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB

Aku syak mungkin itu hari XRAY dada aku tak cantik sebab hari-hari aku dok hidu jiran sebelah tu merokok plus aku ada tonsil. Memang menjadi – jadi lah batuknya Macam mana aku nak elak sedangkan aku duduk berdekatan dengan rumah diorang.. Dulu indon sekarang bertambah lagi kawan si Indon nie jiran nombor 3 nie anak – beranak termasuk mak pak diorang anak perempuan SEMUA MEROKOK!!. Dah sindir pun tetap ketegaq merokok.. 

Nak tak nak kenalah bukak tingkap besar-besar bagi hilang bau rokok nie..
Ingatlah korang yang merokok nie.. Kalau kau nak sangat merokok pergilah jauh-jauh daripada anak bini korang.. Tak kesian ke kasik dok hidu bau rokok dan jadikan insan tersayang korang tu jadi secondhand smoker.. Macam tak de otak.. 

Apa faedah merokok??.. Tak de ape faedah pun.. Biasanya orang yang merokok nie dia penting diri sendiri.. Sedap hembus yang dapat penyakit orang lain … Pikiaq lah..

Balik kepada kes batuk tadi kalau korang batuk yang jenis susah nak baik nie baiklah pergi buat pemeriksaan secepat mungkin… Jangan tangguh-tangguh… Pasal tetiba ada anemia tu.. Sebenarnya aku nie cubalah test amalkan nasi sekepal dan hari-hari sayur tu masak air. Dah tu nasi cuma sekali je makan… Konon nak diet..

Sebab diet giler-giler nielah darah jadi rendah.. 8.5 je tinggal.. Nasib bukan 5 macam yang aku kena dulu..  Guess what?. Aku jumpa lagi ubat yang aku makan 7 tahun yang lepas… Dah macam mengandung je suruh makan pil nie.. Kalau korang nak tahu 7 tahun yang lepas aku makan iron tablet tu kejap je.. Tak tahan aku selera makan jadi tinggi . Takut gemuk aku stop mendadak makan ubat tu….

Tuberkulosis , Sputum AFB , ESR , FBC , TB
Yeah!! hadiah berharga ni

Nak diet tu boleh tapi aku nie jenis tak boleh tinggal nasi. Dalam sehari mesti makan nasi tak boleh tak makan nasi… Buat sementara waktu ( sebulan je pun bukan lama )  nie terpaksa lah makan kena lebih sikit.. Tapi , doctor tu cakap aku tak gemuk sedang-sedang je.. Alahai pertama kali orang puji aku yang aku tak bape nak gemuk dan terasa macam nak melayang ke awan dah aku masa tu.. Dahlah doktor peberet aku..


Lepas nie aku nak sihat sepenuhnya daripada batuk teruk nie.. Aku tekad tak nak diet teruk-teruk lagi . Nak kawal makan je.. Tak kisah lah lepas nie orang nak ejek aku gemuk ke hape aku buat pekak je.. Sampai sini sajalah coretan aku untuk hari ini assalamualaikum dan bye!!




20 Comments

  1. Alhamdullilah....risau juga sekarang ni macam-macam jenis penyakit timbul kan..macam saya lepas bersalin tetiba terkena Penyakit Kulit Psoriasis...Ya Allah gatal-gatal kulit yang sangat ketara,tak tahu dah nak cakap macama mana. Alhamdullilah sekarang saya sudah berjumpa dengan Ubat Penyakit Kulit Gatal yang serasi dengan saya. Alhamdullilah kini penyakit gatal kulit saya terkawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mama... jaga kesihatan mama.. anak sulung ke mama??

      Delete
  2. Adik makan kerang, jambu batu, yg boleh tambah darah merah..klu mkn ubat tu mmg xtahan bau nya..hehe..sis dulu gantikn ubat dgn pemakanan. Tp pastikan byk minum air sbb biasa sembelit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang tu dh cuba makan dulu ... ada alergi... naik jerawat kat muka.. kalau jambu batu tu no hal lah ... memang peberet.. terima kasih untuk nasihatnya CPE

      Delete
  3. Alhamdulillah, syukur.. jaga kesihatan selalu ye sis.

    ReplyDelete
  4. hai ray singgah lg. nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. and please do take care of yourself too. be safe okay.

      Delete
    2. insha allah nanti saya singgah. amin .. terima kasih

      Delete
  5. Semoga kita semua dilindungi Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

    Salam kenal AL.😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..terima kasih awak...salam kenal jugak

      Delete
  6. Semoga sentiasa sihat dan ceria kak Al. Biarlah orang kita berisi ke apa ke, yg paling penting diri kita kena sentiasa sihat dan happy. :)

    ReplyDelete
  7. Sy pregnent bby no 2..dh 7buln..buln 10 thun lalu ad msuk ward sebb astma..ad ambik sample kahak..hnta hkl...tetiba 29/1/18 dpt call dr hosptl yg saya admit tu..dy ckp result kahak tu positif...now kena buat saringn kli ke 2...hr ni 2/2/18 buat mantox test..nk tunggu hr isnin bru thu result nyer..yaallh takot nyer xterckp..risiko pon tinggi sbb sy pregnent..7/2/18 smua result akn thu..sy tkut ...mintk2 negetive

    ReplyDelete