Saturday, 16 December 2017

JIRAN BARU 😁



jiran


Baru-baru nie aku dapat jiran baru setelah rumah sebelah aku nie dah kosong lebih seminggu… Alhamdulillah… aku tak sunyi lagi… So far okaylah jiran nie.. Laki dia okay bini dia nie so so je… Aku kalau kerek nie bukan geng aku lah hahah… Aku buat dunno jelah.. Dia dah menepati ciri-ciri tak hisap rokok pagi buta.. TAPI…

Tadi, mak aku nie macam biasa lah sidai kain kat luar nanti dah kering aku tukang ambik.. Tapi, disebabkan panas terik so mak aku biar lah, aku pergi lah kejamban melepas… Tapi, tetiba hujan turun… Jiran baru nie nampak mak aku sidai kain tapi bila hujan alahai berat mulut macam ada emas sampai tak boleh nak cakap.. Ini sudah lebih nie…Kalau ye pun oi antu setan kain kau kena ujan… at least tolonglah..  Baru lagi dah nak tunjuk taring dengan orang yang dah 24 tahun duduk..

Itu hari dia bakar barang bekas ex jiran aku tu sampai menjulang api… Giler betul… Bangang macam tak ada otak… Dia bakar plastik tu baunya tuhan saje yang tahu… Tapi, Alhamdulillah dengan bantuan hujan asap dengan api pun turut mati… Macam tahu-tahu je aku alah dengan asap.

Korang mesti nak tahu kemana jiran lama…

Jiran lama aku nie orang Indonesia… Aku panggil dia Cik Lan dengan Cik Dayat.. Cik Lan nie dah balik bulan 3 tahun nie sebab anak dia nak sekolah… So , tinggallah Cik Dayat sorang kan sini.. Lagipun Cik Lan nie ada darah tinggi kronik… Dah tak boleh keje kat tempat yang panas… So nak tak nak dia kena balik… Korang tahu Cik Dayat nie dah tak bayar sewa selama 10 bulan… Dia ingatkan Cik Lan nak balik… So , nak jadikan cerita seminggu yang lalu rumah dia kena pecah orang… Penyamun dia semua badang-badang orangnya… Yang dia ambik tu semua alat pertukangan rumah… Cik Dayat nie kebetulan tido kat rumah kawan dia… Balik tu dia tak pergi kerja pun.. Dia pergi cari rumah sewa lain.. Besok tu jugak dia bungkus baju sikit-sikit dia bawak barang… Sape yang baca entri nie dia tahulah tabiat dia suka rokok pagi-pagi … Aku rasa bersyukur dia pindah dalam masa yang sama aku sedih… Sekurang-kurangnya dia ada jugaklah tegur aku.. Walaupun dia agak pendiam… Takdelah selfish macam jiran baru nie… Rasa agak terkilan disitu…

Betul lah kata orang …Dia nie “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” tak semuanya baik mesti ada yang tak baik dalam satu-satu kawasan kejiranan tu… Harapan aku harap sangatlah dia tegur nak kenal-kenal dengan aku… Dah nama pun jiran kalau ada kesusahan bantuan paling dekat pun jiran kan… 



2 comments:

  1. Maybe dia pun tak perasan tengah hujan masa tu, think positif jelah.
    Kalau dia tak tegur, better awak je tegur dulu. Ada org yang jenis memang susah nak tegur orang untuk first time.

    ReplyDelete