Wednesday, 20 December 2017

Malaysia Airlines Pujaan Hatiku



Percutian menarik , traveloka

Tajuk kat atas ni dah macam tajuk lagu je aku tengok. Eh suka hati aku lah sebab akulah penulisnya. So korang baca laa dengan focus ya. Hahaha. Ayat power sikittt. Kenapa hati aku sangat suka dengan MAS ataupun Malaysia Airlines ni? Because of the service. Yes siapa yang pernah naik taulah camne gaya diorang layan passenger. Tabik spring aku bagi kat diorang ni. So nak naik MAS kenalah book dulu kan. Camne nak book? Ni yang aku nak cite ni cubalah bawak bersabar. Nak minum jap. Hahaha



Percutian menarik , traveloka

Firstly korang cuba google Traveloka. Then pilih book flight ticket untuk MAS. Mula-mula sekali korang pilih dari mana korang nak start terbang. JHB-Sultan Ismail ke, BKI ke, Penang ke ikut korang la ye. Lepas tu korang pilih lak tempat yang korang nak pergi tu. Then pilih tarikh and decide samada korang nak beli one way ticket atau return. Macam aku yang menetap JB ni mesti selalu beli return sekali sebab berbaloi. Korang choose pulak berapa passenger yang nak book. Then click search and siappp. List yang ada nanti adalah list flight yang ada pada tarikh yang korang pilih tu.

Kat situ nanti akan ada harga kat sebelah setiap detail flight. So korang boleh buat comparison each flight and choose yang the best deal. Semuanya korang punya pilihan. So lepas tu korang book, then buat payment online. Lepastu diorang akan email e-ticket untuk korang gunakan masa check in nanti kat airport. Kenapa nak book kat traveloka? Sebab lepas korang dah confirmkan booking korang, korang boleh terus browse untuk hotel or resort yang korang nak stay sebab kat traveloka ni ada review yang honest dari pengunjung. Korang boleh buat wise decision lepas tu.

Dengan Malaysia Airlines ni korang dapat travel ke lebih kurang 150 negara. So antara polisi yang korang boleh dapat infonya kat traveloka adalah pembawakkan bag dia ialah maximum 7kg for cabin baggage untuk economy class while untuk business class korang boleh bawak dua beg maximum 7kg per bag. Interesting kan. Then untuk check in punya bag, yang bermaksud korang takkan nampak bag tu sampailah ke airport landing korang, 30 kg 2 bag untuk economy class, 40 kg untuk business class dan juga 50 kg untuk first class. Kalau rasa bag korang tu dah besar gedabak, korang amek je la terus first class nanti supaya takdelah banyak pikir.

Aku sebagai penasihat 20 percent hehehe nak nasihatkan korang kalau baru lepas habis pantang tu ada baby bawah 7 hari, janganlah naik yer sebab tu memang policy MAS yang takkan bagi korang naik kalau ada baby bawah 7 hari. Kesian kat budak tu nanti kat atas langit telinga kan ada tekanan kita yang dah besar ni kira ok la. For below 2 years old korang boleh pangkukan diorang. Senang dalam satu seat. Sebab kalau bagi seat sendiri kang tak duduk diam or menangis. Kesian kat anak tu nanti. 



Percutian menarik , traveloka

MAS ada program yang sesuai untuk budak-budak yang berumur 5 tahun hingga 15 tahun yang travel alone, this to make sure yang diorang sampai dengan selamat dan keselesaan diorang terjamin. Untuk mak mak yang mengandung pulak, korang kena sediakan surat dari doctor yang bagi korang permission untuk naik flight. Untuk yang dah mengandung atas 32 minggu juga takkan dibenarkan. Sebab nanti kalau la murah rezeki korang beranak kat atas langit, macam mana nak roger bidan suh datang kan? Tak pasal pasal passenger lain pun panik.

Traveloka dan MAS berpisah tiada, demi nak senangkan kita semua aku betul betul suggestkan korang booklah ticket MAS di traveloka. Very convenient untuk kita yang sentiasa sibuk. Dulu nak travel kita takut over bajet tapi skang dengan segala knowledge kena taip kat google, kita boleh buat wise decision especially di Traveloka. Awesome kan? Tunggu korang book and travel. Lagiii awesome!!!. Sebab tu MAS tetap menjadi pujaan hatiku…



8 comments:

  1. masa mengajar di Sabah dulu2 selalu naik MAS je. Nak booking kena call ke MAS centre di KK. Pas tu kena gi ambik tiket tu kat ofis mrka. Kdg2 tu guna travel agency je sbb mrka ada courier service.

    ReplyDelete
  2. MAS is totally better than AIRASIA, thats for sure

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ... pramugari dia pun tak sombong

      Delete
  3. Tak pernah naik MAS, Selalu tu KLM, Emirates or paling kerap Airasia lah. Maybe I should try MAS for my next trip insha Allah sbb this post sounds convincing. hahaha

    ReplyDelete
  4. tak pernah guna MAS, selalunya guna Air Asia tapi okay je service diorang. FA pun baik2

    ReplyDelete