BUDAK COMEL BERBAJU PINK

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam kepada semua kawan AL.. Kadang-kadang bukan semua perkhawinan AL rasa dikurniakan anak awal... Ada yang lambat ada yang berbelas tahun , kadang-kadang ada yang dah beruban baru dapat anak pun ada kan?.. Kadang-kadang lagi orang yang lambat ada anak nie ada masalah dalaman wanita, kena buat orang pun jadi faktor jugak..

Siang tadi aku pergi teman mak aku pergi pejabat pos... Ramai betul orang kat pejabat pos hari nie.. Ramainya orang tu cuma nak kemaskini ASB je ( termasuk lah ex aku ) ciskek betul lah jumpa pulak hari nie dah dua tahun tak jumpa... Okok... Masa aku duduk dengan mak aku tu aku mata aku tertancap kat satu budak kecik nie... Pakai baju tadika warna pink nampak comel sangat...

baju pink , tadika swasta , simpang renggam , awesome
Itu mama dia... ( kau tengok baju hitam tu >_>


Ingatkan anak dah 5 ke 6 ke .. Anaknya cuma seorang je tulah... 4 masuk 5 tahun jugak lah katanya baru ada anak .. Masalah rahim rendah katanya... Banyak kali jugak gugur.. Kesian jugak dengar... Korang nak tahu apa lagi yang akak tu cakap.... Biasa orang lambat ada anak nie korang tahu kan mak cik bawang cakap apa kan... Tapi,dah ada budak tu diorang diam...

Ingatlah semua... Pesan kat makcik korang yang mulut mcam bawang busuk tu... Kalau boleh tekankan kat diorang bukan kawin tu semata-mata kena dapatkan anak cepat... Cakap kat diorang lagi kadang-kadang rezeki tu belum kat diorang lagi... dan rahim bukannya mesin cetak cawan yang boleh keluar seketul-seketul cawan dalam masa 10 minit... Ingatkan diorang supaya tak buat dosa lagi... Cakap kat  diorang beri sokongan moral ..

Kepada bakal mak mertua i... Andai kata saya lambat ada anak.. Tolong ye mak mertua i jangan jatuhkan semangat i. Perkara nie yang i selalu bimbang sebab mak kita dulu pun orang ejek mandul baru ada kita... Diharapkan bakal mak mertua i tak macam tu...

Kepada adik M. Azim Yazi... Adik kena belajar betul-betul... Besar nanti jangan menyusahkan ibu dengan ayah... Balas jasa diorang.... Doa kakak sentiasa untuk adik...

Yang ikhlas.











6 Comments

  1. Dah nama makcik bawang, memang sentiasa nak menang je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. busuk senantiasa.. hahahah

      Delete
  2. kakak cikyan dah kawin lama dah, still xdpt anak. dah byk kali gugur.. kesian kan.. tapi dia redha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya... banyakkan bersabar untuk kakak cikyan

      Delete
  3. jodoh and rezeki kan kt tgn Allah... :)

    ReplyDelete