Hargai Ubat Anda

Kementerian Kesihatan Malaysia , KKM

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca blog AL. Hari ini AL nak cakap pasal ubat lah.. Korang mesti ada baca entri ALHAMDULILLAH kan?.. Itu hari aku ada batuk teruk kan… Makan antibiotik terus pulih…

Korang nak tahu tak?.. Antibiotik tu diberi kat orang yang betul-betul sakit je macam aku… Batuk yang tak boleh maaf sakitnya… Kalau yang sakit biasa mungkin dibagi ubat batuk yang jenis sirap je… Macam aku dapat yang sirap dengan pil… `Sakit macam nak putus nyawa baru dapat antibiotik tau.. KAU RASA??

Yang terkini korang nak tahu tak lagi… Kat Klinik Kerajaan Simpang Rengggam sekarang stok ubat semakin MENIPIS!!.. Baru kejap tadi mak AL cakap ubat darah tinggi suruh beli kat farmasi… Uisshh. Teruk kan??... Itu pun ada yang cakap kerajaan tak sayang rakyat..
Macam-macam cakap-cakap orang yang datang klinik tu… Kata bagi kat kaum Rohingya lah.. Malaysia cari nama lah.. macam-macam lagi yang aku dengar… Tapi, pada pendapat aku dua-dua sebab yang aku cakap tadi mungkin betul tapi sebenarnya pesakit darah tinggi semakin meningkat sebenarnya..SABAN TAHUN TAU!!

Kat KK sini sendiri ubat-ubat pesakit yang tak habis makan boleh pulangkan kat kaunter farmasi kat kk.. Kiranya macam kitar semula lah.. Tapi, diorang pun bukan sebarang bagi.. Diorang pun tengok tarikh luput… Barulah pesakit darah tinggi dapat makan pil yang diorang perlu… Itu pun masih ada yang tak nak makan apa yang KK bagi… Lebih percaya dengan bani supplemen.. Ishhh.. isshhhh…

Untuk korang, kalau klinik bagi makan ubat demam ke segala ubat yang diorang bagi tu makan lah. Jangan buang.. Rugi duit Negara untuk pembangunan kesihatan untuk korang kalau korang tak guna sehabis baik kan… HARGAI UBAT DAN KESIHATAN KORANG… Kalau kau sihat pun kau yang senang kan… Sampai sini coretan aku untuk hari ini. Diharapkan korang akan lebih menghargai apa yang orang bagi lepas ini…..


Yanng Benar




8 Comments

  1. betull... kalau antibiotik selalunya mmg kne habiskn .. kalau tak habiskn, mcm mne kuman nk mati...

    ReplyDelete
  2. True! True! True! Hargailah ubat anda! *cewah macam iklan pulak dah~ heheh ^^

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni memang kk minta pulangkan kalau ubat berlebih..bukan apa, sebab taknak jadi pembaziran. Betul tu, hargai ubat yang kita dapat dari klinik, makan ikut cakap doktor sebab ia memang dah dipreskripsi untuk kita..

    ReplyDelete
  4. penting makan ubat bagi yang memerlukan... kalau makan tak habis tu, sayangnya... kang sakit berbalik semula...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ReplyDelete