#dapurffs – RESEPI KERABU MAGGI STYLE AL

maggi serda
Assalamualaikum dan hi!!. Selamat berhujung minggu korang. Hari ini AL ada satu resepi nak kongsi dengan korang.. Sebenarnya maggi Thai Tomyam jenama Serda nie dah lama tular kat laman sosial. Cuma aku nie ketinggalan keratapi je baru nak buat. Lama betul teringin nak makan kerabu ni. Nak beli yang dah siap mahal nak beli magginya mahal cekik darah.. Kenapa ntah tak de angin tak de ribut ayah AL beli sekotak pulak tu.. Walaweh.. Aku apa lagilah terus terfikir nak buat kerabu. So ini adalah style saya dan diolah resepinya dari google.
BAHAN – BAHANNYA
  1. 2 paket maggi Thai Tomyam Serda
  2. 1 batang lobak merah
  3. 2 ekor sotong
  4. 6 batang crabsticks
  5. Garam secubit
  6. Limau nipis

CARA-CARANYA
  • Siang sotong tersebut dan potong kecil-kecil. Basuh lepas tu tau
  • Potong crabsticks belah dua crabsticks tu dan hiris tiga
  • Hiris nipis-nipis lobak merah tersebut.
CADANGAN – Kalau rasa nak lebih lagi pedas bolehlah tambah cili padi. Hiris  cili tu. Kubis tu kalau nak sedap mestilah kubis ungu dihiris halus. Macam aku , aku ganti kubis Cina. Tak larat nak beli kubis ungu tu mahal !!. Kalau nak letak bawang merah pun boleh.. Suka hati kau ler labu.
  • Kau ambik besen rendam maggi tu tadi dengan air panas. Kalau yang suka kuah tu nanti tosnya jangan lama-lama.Kau ambik mangkuk lain letak rempahnya
  • Ambik kuali letak air dalam satu cawan kecik letak secubit garam biarkan sampai mendidih
  • Dah mendidih tu celurlah sayuran kau tadi jangan lama sangat nanti layu.. Lepas tu crabstick. Lepastu barulah sotong.. Sotong kena lama sikit kalau tak masak nanti rasa hanyir
  • Dah celur semuanya pergilah hempuk atas maggi tadi dan gaul sekali dengan cili.. Dah siap gaul tu Ambik 2 biji limau nipis dan perah atas maggi dan gaul lagi.Sebenarnya nak guna limau purut boleh hiriskan daunya pun boleh. Barulah rasa Thai.
  • DAH SIAP!

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu ..


5 Comments

  1. memang kena guna maggi thai tu ye? Maggi tu boleh tahan mahal kan? Kalah samyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilah farhanna kalau maggi lain sedap ke tak. Maggi nie bahan utamanya.. Memang tak dinafikan memang mahal sebab tu nganga je tak dapat beli. baru sekarang belinya

      Delete
  2. yummy . sedap . CCL lebih suka buat sendiri kerabu maggie ni dari beli di kedai , baru puas makan

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya kerabu maggie.Buat sendiri baru puas makan kan

    ReplyDelete