Tuesday, 20 February 2018

Gigi Oh Gigi

Hi!! Assalamualaikum semua. Aduhai,macam-macam jadi minggu lepas.. Sakit badan lah apalah , yang nie sakit gigi pulak. Sakit gigi yang  melampau bak iklan sensodyne tu yang sakitnya sup sampai ke atas. Nak kunyah ayam goreng pun sakit!

Nasib baiklah klinik bahagian pergigian tu bukak hari Selasa.. Nasib aku time tu baik sebab orang kerja kerajaan hari Khamis dah cuti . So, bolehlah daftar kat kaunter dengan senang hati…
gigi , penjagaan gigi

Sampailah giliran aku untuk periksa gigi… Macam-macam dia merepek apa ntah missing lah corrupt lah… Hanya doktor je yang tahu… Lepas pemeriksaan tu doktor ada cakap yang gigi bongsu aku rupanya nak tumbuh.. Tapi, tempat ruang gigi tu tak mencukupi… So , makanan mudah benor terselit kat hujung gigi. Tu yang sakit tu. Sebagai jalan penyelesaian doktor bagi aku ubat tahan sakit untuk makan.

gigi , penjagaan gigi
Muka rilex2 berdebor

Lagipun semenjak dua menjak nie aku terlalu banyak makan manis sampai gigi aku sakit… So , korang janganlah terlampau sangat banyak makan manis… Nak pakai gigi lama lagi kan… Taknaklah rongak awal-awal kan?. Tak memasal orang cop tua sebelum usia kan..



Yang Benar








3 comments:

  1. uwaa..sakit gigi sakit yg antara ketiga balik sakit :(
    huhuh... pantang makan manis tau.. jgn nanti gigi baik tapi kencing manis pulak

    ReplyDelete
  2. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete