Jangan ditanya lagi!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog kesayangan hamba nie. Apa khabar kawan-kawan AL semua ? . Diharapkan semua didalam keadaan sihat – sihat belaka.. Rasanya sudah lama aku tak mencoretkan sesuatu diblog nie… Pastinya kamu semua tertanya-tanya ke mana aku pergi agaknya .. Aku ada je … Aku buat nie lah …


Orang yang ‘ jobless ‘ macam aku nielah kerjanya… Alhamdulillah aku tak putus rezeki . Tempahan orang nak penyapu tetap ada walaupun sebatang dua je. Jadilah buat top up belanja makan aku dengan mak aku…Kadang-kadang aku pergi kutip buah sawit  yang berterabur 

Ini penyapu yang dah siap!



Ini soalan yang selalu mak cik bawang tanya… Kenapa aku tak sambung belajar?? Kenapa aku tak kerja ? Kenapa macam tu macam nie marilah sini seorang AL jawab…

Aku dapat tawaran belajar kat Kolej tiga kali . Kolej apa aku dah tak ingat dan tak nak ingat … Kolej tu kat Seremban . Yelah hati mana tak gembira bila dapat tawaran belajar walaupun keputusan STPM aku cukup-cukup makan plus orang kurang berada nie dapat bantuan. Syukur sangat masa tu..

Tapi ,

Ayah aku tak bagi .. Puas aku merayu . Ayah aku tetap dengan keputusannya dan aku sebagai anak nak cakap apa lagi .. Masa tu tahap kebencian aku memuncak .. Kalau boleh aku tak nak pun tengok muka dia…Jahatkan aku.. Alasan yang tak boleh diterima kat sana nanti sosial lebih dan mak aku sorang – sorang tak de orang nak teman kat rumah…

Disebabkan tu aku tak pernah nak kerja betul –betul . Dalam hati aku nak belajar bukannya kerja . Kalau hati tak ikhlas nak kerja pun rezeki tak berkat kan.. Biarlah aku buat kerja macam nie dan buat je kerja yang aku suka. Janji aku gembira.. Yang penting dapat lupakan kesedihan..

Kadang – kadang yang dah tahu pun tanya lagi .. Malukan aku depan orang ramai… Aku malu … Diorang sedap je cakap anak situ dah grad lah anak sini dah grad dah… Benci… Sebab tu aku tak pernah like pun gambar kawan aku ataupun ucap tanniah… Dalam hati nie masih sakit.. Masih tinggal parut.

Banyak lagi aku nak cakap tapi lagi afdhal aku simpan sendiri . Dan aku akan beritahu yang layak mendengarnya… Aku mintak sokongan moral supaya aku dapat hapuskan rasa benci dalam hati aku nie.. Yang penting sekarang aku






0 Comments