5 TAHUN SEKALI


Assalamualaikum semua.. 3 minggu yang lepas ada lori datang kawasan rumah aku.. Tengok - tengok lampu... Ingatkan ada lampu rosak.. Setahu aku lampu rosak cuma kat kawasan belakang je ... Rupanya....





Ini projek Lampu Jalan Kampung rupanya... Patut ler... Tapi , cantik lampunya warna putih .. Berbeza dengan lampu kuning nie... Langsung tak nampak kaler kereta kalau lampu kuning oren nie bila lampu putih semua nampak.. 

dan lagi aku lupa yang sekarang dah dekat benor nak mengundi ... Semuanya baru... Kalau tak tak dan nak merasa lampu baru jalan dan  tak berlubang... Dah sakit pinggang dah asyik lalu jalan berlubang je.... 

Ini pesan kakak kepada sesiapa yang bakal jadi YB kat Simpang Renggam dan kepada pengundi baru seperti kakak.. Kepada YB tolonglah selesaikan masalah air yang sering berlaku kat Simpang Renggam nie.. Tahun lepas dah bape kali air mati secara tiba - tiba. Tak larat rasanya ... Nak buat semua benda jadi tertangguh... Lagi satu ... kalau boleh ambil berat masalah jalan berlubang nie... Janganlah sekali sekala je nak turap jalan... 

Kepada pengundi baru macam kakak , jomlah keluar mengundi.. Undi anda penentu masa depan negara... Tak guna kau jadi wira papan kekunci kat dalam sosial media , kutuk sana sini... Tapi , tak nak keluar mengundi... Tapi lagi pastikan anda layak ... Nak tahu kau layak ke tidak ... Kau buat macam nie

SPR < JARAK > NO KAD PENGENALAN < JARAK > HANTAR KE 15888

atapun boleh ke laman web 


Kakak layak korang pulak???




YANG BENAR 


2 Comments

  1. sama lah! azah pun dah layak mengundi dah. jom jalankan kewajipan kita. hehe

    ReplyDelete