#dapurffs - NASI GORENG KENANGAN 😭😭😭



Assalamualaikum W.B.T… Hi semua salam hari Ahad  untuk korang.. Hari ini sis tiba-tiba teringat zaman sekolah menengah dulu.. Zaman KHB ert.. huhu… Korang yang ambik ERT dulu mesti tau ada satu kali tu yang korang kena masak kan.. hahah…



Inilah hidangan pertama yang AL masak dan inilah hidangan yang membuatkan airmata Cikgu ERT sis , kengkawan dan crush menitik sebab kepedasan… Tapi, sis dapat A … Itu yang membuatkan sis bahagia sekali… Untuk kengkawan sis yang nak cuba jom baca kat bawah nie..

BAHAN – BAHAN
  • Nasi sejuk ( 2 mangkuk )
  • Segenggam lada ( tak kuat pedas letak sikit je )
  • Segenggam ikan bilis
  • Sebuku bawang merah
  • Minyak
  • Perasa
( kalau nak pelbagaikan bahan pun boleh .. tapi nasihat sis kalau letak sayur tu lepas letak nasi pun tak pe… sayur tak boleh layu sangat nanti hilang rangup sayur tu.. Nak letak belacan pun boleh… sis tak boleh makan belacan sangat.. ada alergi )

CARA - CARANYA

1.    Basuh ikan bilis dengan tepung beras agar hilang segala debu kat ikan bilis tersebut , lada.
2.    Bawang tu kupas kulitnya dan basuh dan hiris nipis-nipis
3.    Ambik lesung tadi dan tumbukkan ikan bilis , bawang merah  hiris , dan lada kampong dengan sedikit garam dan sedikit ajinamoto. Tumbuk kasar-kasar jangan halus sangat
4.    Ambil kuali dan panaskan minyak
5.    Bila minyak dah panas tadi masukkanlah bahan yang ditumbuk tadi dan tumislah ia sampai naik minyak.. Tak payah masuk garam ,  tadi masa tumbuk dah letak sekali kan…Banyak garam nanti darah tinggi pulak
6.    Masukkan nasi dan gaul hingga sebati ..
7.    Kalau dah siap bolehlah hidang…

Simple bukan…. Tak sampai 5 minit pun kan…. Selamat menikmati hidangan dengan menikmati kenangan lalu anda…









2 Comments