Wednesday, 23 May 2018

Melawat anak sedara.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang !! .. Rindunya dengan blog nie . Bulan nie sangat sibuk dengan siapkan penyapu lagi . Pergi pejabat tu pejabat nie.. Hahah kalah PM  uolss …

11.05.2018 hari Jumaat telah berlaku satu kejadian buruk menimpa terhadap anak sedara AL . Kemalangan depan kampung aku betul –betul … Nasib langgar motor dengan motor .. Kalau kereta aku tak tahu nak cakap apa lagi ..

Engkorang nak tahu lagi dia berlanggar dengan siapa? . Dia berlanggar dengan ayah kawan aku !! . OMG !! .. Dah lah dah lama tak jumpa diorang . Jumpa pun masa pilihan raya itu hari … BOLEH BACA DISINI --- > https://diarialialiyana.blogspot.my/2018/05/pengalaman-al-pertama-kali-mengundi.html

Maunya aku tak terkejut .. Ayah diorang tak teruk cuma luka – luka sikit .. Anak sedara  aku yang teruk . Dah lama jugak dia ‘ stay ‘ hospital .. Dua kali Jumaat dah.. Dah tak boleh puasa .
Semua berpunca daripada diri sendiri .. Kalaulah anak sedara aku bawak motor tak laju .. Tak jadi macam nie .. Dengan keluar simpang kampung main keluar je . Tak tengok kiri kanan . Yang aku paling marah dia tak de lesen tapi lagak macam dah pro . Kalau aku tak nampak bolehlah cakap nie depan mata aku bawak motor macam kena kejar hantu … Maksu aku pun cuai …

Hari Isnin pagi 21 .05 tu dakmok nie operation pasang besi kat lutut ..   Mula – mula tu memang tak sakit sebab bius tu ada lagi .. Bila bius tu dah hilang menitiklah airmata jantan … muahahah ..

Semalam aku yang jaga sekejap . Maksu aku pergi klinik ambik darah untuk tengok kolestrol dia . Tak banyak meragam .. Sarapan pagi tu aku hampir lupa yang aku puasa .. Hampir nak terngap mee goreng anak sedara aku punya .. hahahaha … Cubaan betul semalam bau bauan indah makanan diwaktu jam 7:50 pagi… hahaha

Doktor pakar biasalah dia dalam pukul 8 lebih dia dah ronda . Tiba giliran pemeriksaan tempat operation tu maksu aku ada tanya jangka masa dia boleh baik tu bape lama. Doktor cakap lah paling cepat pun sebulan . Nak balik pun nanti kena simen penuh . Doktor tak kasik menapak dulu takut besi nya tercabut . Ingatkan aku dia pasang besi sedengkol bulat tu rupanya tak .. Skrunya yang ala – ala skrung lampu motor je … Tak besar mana pun .. Untuk betulkan tulang lutut yang retak …Tulang badan dak mok nie besar gile baqhang

Aku cakaplah dengan maksu aku tak boleh raya lah nanti … Terus dia nangis cam perempuan … Saje je ngusik … hahah tu memang habit aku … Lepastu dakmok berkobar kobar nak bangun sambil tahan sakit .  Doktor pun suruh latih gerak takut paru paru kena jangkitan kuman .. Nanti tempat operate tu ada darah beku kalau tak dibuat gerak .

Nak balik tu aku ada pesan jugak , lepas nie jangan naik motor lagi .. Rajinkan gerak sikit – sikit … Jangan paksa kalau tak boleh … Budak – budak ni gais cakap dengan diorang pun tak boleh kasar – kasar .. Kena nasihat secara terus terusan … Kalau rasa masih budak lagi tolonglah parents jangan bagi anak anda keluar sesuka hati …. Kalau dah jadi macam nie bukan sorang je susah orang lain pun turut terbabit … Biarkan anak anda yang menangis jangan anda … 



 Selfie kena ada satu !!!



4 comments:

  1. fuh
    nasib tak ada apa2 yang teruk sangat
    alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal... Semoga ianya jadi pengajaran untuk dia

      Delete
  2. hahaha siapa tak sendu kalau kata tak boleh raya nanti. Semoga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... moga lepas nie dia dengar kata lah hendaknya

      Delete