Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Semasa di Pra Universiti , kesedaran aku tentang bisnes mulai memuncak dek kerana keuntungan secara tiba – tiba jualan nasi goreng aku . Mula – mula aku nak jual cuma suka – suka dan tak ada lah nak serius plus tolong kawan yang malas nak pergi gerai makcik kerinting dulu beli makanan . Almaklumlah sekolah dengan gerai tu agak jauh .. Nak tak nak kawan AL kena beli dengan AL ..

Lama kelamaan AL sedar yang bisnes ini bukan bidang yang main – main . AL dah tahu passion AL ke arah bisnes makanan . AL nak teruskan resepi warisan mak AL yang jarang orang kita makan . Macam rendang opor Singapura , rendang nie dia berkuah dan masaknya pun tak payah guna kerisik . Rendang nie dia tak mudah basi berbanding rendang yang lain.


Selain itu , kalau budget dah mencukupi AL nak buka gerai kecil –kecilan untuk jual makanan kegemaran AL . Biar semua dapat merasa . Dalam masa yang sama AL nak buat food delivery ... Eh banyaklah AL nak buat dalam bidang bisnes makanan ni . Tiba –tiba rasa lapar pulak ... HAHAHAHA!!!



Untuk anda yang nak tahu tentang perniagaan dan tips untuk memulakn perniagaan bolehlah ke laman web theusahawan.com... Semoga impian AL untuk bergelar usahawan industri makanan dimakbulkan


2 Comments