Musim Durian




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua !! .. Aku pun pelik bape kali entah nak musim durian . Baru rasanya bulan lepas musim durian eh nie ada lagi ... Macam biasa i bukan peminat durian .. Bau je dah pening kepala apantah lagi makan ..

Lantaklah orang nak mengata aku ni orang luar negara ke hape ke . Tapi , kalau kita tak minat pun tak boleh paksa kan . Kalau pulasan ke rambutan ke janji selain durian aku makan . hahahah

Elok je masa musim durian adik aku balik . Nasib dia bertuah jugak asal nak balik cuti semester mesti ada orang bagi durian . Baru malam tadi adik i repeat makan durian ... Jiran sebelah kiri kanan depan belakang semua makan durian ... I macam tak boleh nak nafas ...

Bila musim durian aku terus teringat masa adik aku kecik lagi . Masa tu tengah menyusu badan . Mak aku cuma makan 1 ulas je .. Adik aku berak – berak mata dah ke atas . Bawak pergi klinik maghrib tu jugak . Kalau lambat sikit je adik aku dah tak ada . Memang tak sangka dia sekarang jadi ‘durian lover’ macam Jackson GOT7.



Anda semua nak tahu apa khasiat makan durian

Raja buah iaitu durian banyak khasiat nya untuk kesihatan dan juga kecantikkan kulit . Ianya mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.

Antara manfaatnya  ialah :,

  • Mengubati Insomnia

Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

  • Menguatkan Tulang Dan Gigi

Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.
  • Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah

Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

  • Merawat Tekanan


Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

  • Merawat Anemia

Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia.
  • Mencerahkan Kulit


Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit. Tak payah susah – susah makan supplement .

  • Mencegah dan Menghilangkan Jerawat

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

  • Memudarkan Bintik Hitam

Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

Tapi , lepas makan durian tolonglah gosok gigi dan bungkus kulit durian agar ianya tidak memeningkan kepala orang lain ... Boleh tak???

SUMBER : SURIA MY



2 Comments

  1. terbaek sedap.. follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete