REVIEW : KFC MAD MEX TWISTER

By A . L - August 18, 2018




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kawan AL . Tempoh  hari  AL  mencuba menu baru KFC iaitu "KFC MAD MEX TWISTER" . Baru tu tak baru sangatlah ...Dengan ini bacalah review AL seikhlas hati ok !

REVIEW : KFC MAD MEX TWISTER



AL mencuba set ala carte . Murah je RM 7.50 . Banyak - banyak pun buat ape kan ... Jangan tamak . Daripada segi rasa AL bagi biasa - biasa untuk KFC MAD MEX TWISTER .Dalam 5/10 . Kalau pedas tu up lagi sampai meter keempat pun dah okay . Yang tak puas hati tu Zinger strips dia sikit sangat . Mohon pihak KFC tolonglah jangan kedekut Zinger ni . Tak puas makan .


REVIEW : KFC MAD MEX TWISTER



AL mengunyah dan mengunyah lagi ingatkan kacang dhal yang AL makan rupanya kacang kuda rupanya . Selain itu , ada kacang merah rebus dengan jagung rebus yang dah dikopek ! ... Salad dia pun sikit ... Hampa lah jugak ....

Tapi ,

AL dah dapat dah macam mana nak buat yang ala - ala KFC punya versi . Kau beli je ....

  1. Mission Wrap bungkus coklat oren tu
  2. Sos Thousand Island 
  3. Emping lada
  4. Kacang merah
  5. Jagung kopek 
  6. Kacang kuda 
  7. Mayonis
  8. Daun salad
  9. Kepingan ayam
  10. Tepung bestari yang pedas
CUBALAH  .

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments