SUNDAY RUGGED


Assalamualaikum W.B.T kepada semua rakan - rakan kesayangan AL . Hari ini AL luangkan masa sikit jalan - jalan pergi majlis kawen kenalan iolls jugak ... Bertahun jugak lah tak jumpa walaupun dalam kampung sendiri . hiihihi

Hari ini dengan jayanya kami berempat pergi majlis ... Selalunya susah benor nak ajak ayah dengan mak sesama macam hari ini . Dapat jugak pergi bersama . At least tak delah asyik muka aku je . hahahah...

Awal jugaklah kitorang sampai ... Best kalau pergi majlis kawen orang ni ... Tak payah masak tengahari terus tadah perut je ... Terus makan ... Nasi minyak tadi sedap sangat menyesal tak ambik banyak .... Daging masak kicap tu pun on sangat lah ...


Inilah pengantinnya ... Inilah dak sikin ... Selamat pengantin barulah hendaknya ... Yang aku pelik masuk ni dah dua orang yang pakai baju warna merah hati ... Seorang kawan aku si Mira yang pakai  yang sorang lagi dia ... Tak tahulah dari butik yang sama kot .. Lupa nak tanya .

Inilah family AL . Mak AL  ni tak suka ambik gambar ... Adik AL pun ada angin ... Time angin bergambar dia sampai .. Bergambarlah ia walaupun satu dua keping ... hahhahah



Sekian buat hari ni ... Ringkas sangat???... Tunggulah entri lain daripada AL ....

1 Comments