REVIEW : KFC DUNK N DIP




Hi semua untuk pencinta makanan . Minggu lepas AL ada mencuba satu menu baru daripada KFC iaitu KFC Dunk N Dip . AL pilih set Combo A . Combo A ada

  1. 3 – pc Crispy Tenders
  2. 1 Smokey Zesty Dip
  3. 1 Crackling Rice Pops
  4. 1 Coleslaw ( R )
  5. 1 Whipped Potato ( R )
  6. 1 Iced Lemon Tea ( R )





AL tak nak pilih Combo yang lain rasanya macam banyak sangat . AL sarankan korang pilih Combo A plus harga nya yang lebih murah berbanding combo yang lain .Harga Combo A RM 13.90 . Kalau  Combo B RM 17.90 . Pilihlah mana yang korang suka .



Dari pada segi rasa Smokey Zesty Dip dengan Crackling Rice Pops pulak , sorry to say KFC dua benda alah ni langsung tak kena dengan selera AL tapi tak tahu lah orang lain . Rasa Smokey Zesty Dip terlampau masam plus masin dan rasanya macam sos tiram  . 0 / 10 AL bagi untuk Smokey Zesty Dip .

Tentang Rice Pops pulak ini lagi pelik . Rasa Rice Pops ni macam rasa pedas ada rasa kari babas pun ada . Macam-macam rasa lah ada yang hijau –hijau tu macam daun kari pun ada. Yang ni AL bagi 2/10 .

Lagi pelik kalau rasanya kalau kau cicah Crispy Tenders kat dua benda pelik ni . Ade orang cakap Crispy Tenders ni udang bersalut tapi aku rasa ayam bukan udang . About the chicken memang KFC tak de masalah . Rasanya KFC boleh ubah lagi pada masa akan datang . Kat situ je kau akan minum banyak air sebab sos tu terlalu muak .

AL habiskan coleslaw dengan whipped potato je . Yang ayam seketul tu pun AL makan sikit . Yang lain bawa balik sebab tak larat nak makan . Beli air sampai dua KALI ! kau .. ahahahahah . Overall , about KFC Dunk N Dip AL bagi  2 / 10 ... Sebab tak menepati citarasa AL ... Sorry KFC ...

📍 Lokasi KFC Ayer Hitam

Alamat: Jalan Batu Pahat, 86100 Ayer Hitam, Johor


6 Comments

  1. Hampir je nak try haritu tapi nasib baik tak beli.. Selalu nya iklan dia mmg betul2 buat rasa org nak cuba. Sekali. .. Haha. Ada yang sedap, ada yang kurang.

    Apapun, ekin follow blog ni tau. Jemput singgah datang blog ekin | https://asyiqinroslee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ritu nak try tapi sampai kaunter tak jadi sebab tengok orang sbelah nye pinggan yang orde ni macam x mnarik je. kembali kepada snack plate sperti biasa hehe..

    ReplyDelete