Batuk Kokol

By A . L - November 20, 2018


Assalamualaikum WBT dan hi untuk semua pembaca setia blog AL . Hari ini AL nak berkongsi tentang satu penyakit iaitu batuk kokol . Batuk kokol ini sekarang macam bermusim pula . Aku pun sekarang batuk juga . Batuk aku jenis yang tahan lama pula tu . Takut pula . Diharapkan info yang AL kongsikan ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan ibu bapa untuk memastikan pantau kesihatan anak –anak.



Batuk kokol ataupun nama sainstifiknya ialah Pertussis ataupun whooping cough . Ia adalah penyakit berjangkit dan merupakan penyebab utama kematian . Terdapat 30 – 50 juta kes setiap tahun ,dan sekitar 300,000 kematian setahun dan 90% semuanya berlaku didalam Negara membangun .

batuk kokol , kaedah pencegahan , pertussis

Penyakit Batuk Kokol disebabkan daripada virus Bordetelia pertussis. Ianya berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat – sekat terutamanya dikalangan  kanak – kanak  bawah dua tahun . Batuk kokol jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan otak . Pembawa kuman pertussis ialah manusia dan kumannya hidup disaluran pernafasan .Batuk kokol merupakan penyakit yang cepat berjangkit .

Bakteria batuk kokol sensitif kepada faktor alam sekitar termasuk kekeringan , kepanasan dan sinaran matahari dan mudah tersebar melalui pernafasan . Batuk kokol boleh menyebabkan masalah pneumonia .
batuk kokol , kaedah pencegahan , pertussis

TANDA – TANDA BATUK KOKOL
  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk gatal dan lama kelamaan menjadi batuk berulang yang memakan amsa hinga 1 bulan hingga ke 2 bulan atau lebih .
  • Kahak berwarna jernih .
  • Batuk juga boleh disusuli dengan muntah


KOMPLIKASI
  • Pneumonia ( radang paru – paru ) dan radang otak yang boleh juga membawa kepada kematian .
  • Kekurangan zat dan hilang berat badan akibat muntah yang berulang
  • Sawan


RAWATAN
  • Seseorang yang mengalami gejala tersebut perlu mendapatkan rawatan khusus termasuk pengambilan antibiotik untuk memendekkan tempoh jangkitan


PENCEGAHAN
  • Sentiasa ambil vaksin pertussis sehingga bayi 18 bulan . Vaksin acellular adalah nama untuk vaksin pencegah batuk kokol.


  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. scarynyaaa.. mintak2 dijauhkan laa dgn penyakit sebegini..

    ReplyDelete
  2. minta kita semua dijauhkan penyakit sebegini. amin..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete