PENGALAMAN YANG AL TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Assalamualaikum W.B.T

Diam tak diam dah sampai sudah minggu akhir untuk tahun 2018 . Banyak kenangan manis dan kenangan pahit yang terjadi didalam tahun ini .

Yang AL bersyukur sangat keputusan ujian darah dah mulai pulih . Dalam masa 6 bulan anemia AL dah pulih . Ubat pun dah berhenti dah . Tunggu keputusan untuk bulan 1 tahun 2019 ni macam mana . Harap - harap baik lah .

Peristiwa yang AL tak dapat lupakan ialah rumah AL masuk ular dan pertama kali itu juga aku panggil JPAM . Ingatkan mereka tak datang . Datang juga . Hari itu juga bilik yang dah bertahun tak bersihkan akhirnya dah bersih juga . 17 tahun punya kertas dan buku dipunggah keluar .




Banjir punya pasal sampai mendak air banjir dalam bilik . Tiga hari kami 3 beranak kemas dan punggah barang . Penatnya tak terhitung. Ularnya kecil sahaja . Itu pun pasukan mereka dah nak pulang dan habis waktu kerja . Nasib baik ular tu keluar . Tersekat dalam botol belerang . Mati kutu ular tu .

Itulah yang paling tak dapat dilupakan untuk tahun ini . Semoga tahun depan lebih baik daripada tahun ini.

Tulislah tentang aku dengan tinta hitam atau tinta putihmu. Biarlah sejarah membaca dan menjawabnya.. - Soekarno -

6 comments:

  1. semoga diberi kesihatan yg berterusan..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. semoga tahun depan lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. takutnya part ular tu, nasib baik semua tade apa apa. All the best for new year :)

    ReplyDelete