#ALBEBEL – POLIGAMI



Assalamualaikum WBT  .. Hai pembaca blog kesayangan AL . Selamat pagi .. Apa khabar hendaknya ... AL harap semua dalam keadaan sihat belako deh bereh .. hahahah . Hari ini AL nak cakap tentang isu poligami . Itu hari AL ada buat status tentang poligami di akaun facebook AL . Ramai yang salah sangka dan ‘triggered’ dengan status yang AL buat . Pertama sekali AL nak minta maaf kalau isu yang AL nak bincang melukakan hati kamu semua yang membaca . Mari sini AL nak terangkan .

AL bukan marah Nabi Muhammad ataupun sejenis yang suka cakap pasal takdir orang yang bermadu . Sebenarnya AL rasa geram sangat dengan sifat lelaki zaman sekarang yang suka sangat ambil  ringan tentang poligami . Tahu kawin banyak tetapi nakfah dan tanggungjawab tak reti nak buat .. Banyak kes dah dalam akaun KRT .. Alasan yang sama .. Kawin sebab nak bagi bini tua payung emas .


Untuk pengetahuan semua dalam Islam tiada istilah bila kawin lagi satu bini tua dapat payung emas ye ... Istilah dibuat-buat dan tak boleh dipakai . Dan hukum poligami ni harus ok !! Bukan wajib .. Jom baca mak lumat dibawah ...

Sejarah telah menunjukkan bahawa isu poligami ini telah wujud sebelum kedatangan Islam. Seperti yang telah tercatat dalam sejarah, kaum Ibrani dan Arab pada masa tersebut telah mempunyai berpuluh-puluh orang isteri. Keadaan tersebut dilihat sebagai suatu penindasan terhadap kaum wanita. Setelah syiar Islam disebarkan, poligami yang telah diamalkan oleh kaum-kaum tersebut diharamkan dan Islam mengharuskan poligami dengan syarat-syarat tertentu.


Hukum Syarak telah menggariskan bahawa hukum poligami adalah harus, tetapi keharusannya bukanlah secara mutlak. Oleh itu, hukum syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk berpoligami. Merujuk kepada firman Allah SWT dalam  Surah An-Nisa: 3 bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."


Kemudian dalam ayat 129 surah yang sama, Allah berfirman seterusnya:“Dan kamu tidak akan dapat, berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).”


Menurut dua ayat di atas, poligami lebih dilihat kepada satu tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap anak-anak yatim. Oleh itu, untuk menentukan keadilan antara isteri-isteri dan supaya tidak ada kezaliman yang berlaku dalam sesuatu perkahwinan poligami, maka kerajaan Malaysia menetapkan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seorang suami sebelum dia dibenarkan berkahwin satu lagi.


Mengikut perundangan Malaysia, poligami dibenarkan tetapi beberapa syarat harus dipenuhi. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di Selangor dan Kuala Lumpur, suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. Dalam mendapatkan kebenaran Mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah. Ia juga bertujuan untuk memastikan bahawa seseorang suami itu benar-benar layak untuk berpoligami berdasarkan hokum syarak dan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Malah ia juga bertujuan untuk mengelak penganiayaan kepada isteri sedia ada dan anak-anak serta bakal isteri kedua.


Peruntukan di bawah seksyen 23 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, menyatakan bahawa permohonan untuk kebenaran berpoligami hendaklah dikemukakan di Mahkamah disertai dengan surat akuan menyatakan alasan-alasan mengapa poligami patut dan perlu dibenarkan, maklumat pemohon, pendapatan, bilangan tangungan  sedia ada dan tanggungan bakal isteri juga perlu dinyatakan. Selain itu, suami juga perlu mengemukakan izin atau pandangan isteri sedia ada sama ada ia diperolehi atau pun tidak terhadap permohonan poligami tersebut.

Merujuk seksyen 23(4) Akta, memperuntukan  faktor-faktor yang dipertimbangkan sebelum kelulusan berpoligami dibenarkan. Seksyen 23 (4) (a) Akta memperuntukkan bahawa faktor perkahwinan yang dicadangkan (berpoligami) perlu dijalankan itu adalah patut dan perlu diluluskan. Faktor-faktor tersebut adalah berdasarkan kepada kemandulan dan keuzuran jasmani atau kesihatan seperti gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Peruntukan ini merujuk kepada keadaan isteri tersebut terlalu lemah atau sakit dan tidak dapat melayan kehendak batin suami maka ia boleh menjadi salah satu alasan untuk mendapatkan kebenaran untuk berpoligami.


Syarat kedua adalah merujuk kepada seksyen 23 (4) (b) Akta menyatakan bahawa suami hendaklah mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak. Seterusnya seksyen 23 (4) (c) Akta memperuntukan bahawa suami berupaya memberi layanan sama rata kepada isteri-isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak. Bagi memenuhi kehendak ini, Hakim Syarie  perlu memastikan bahawa seseorang suami berlaku adil kepada isteri sedia kala dan bakal isteri. Perkara ini boleh dipastikan berdasarkan keterangan kedua-dua belah pihak berkaitan , sifat-sifat dan keperibadian seorang suami itu. Manakala seksyen 23 (4) (d) Akta pula memperuntukan perkahwinan yang dicadangkan itu tidak menyebabkan darar syarie (bahaya atau musibah) kepada isteri sedia ada atau bakal isteri.


Peruntukan-peruntukan yang dinyatakan perlu dipenuhi oleh seseorang suami sebelum mahkhamah memberi kebenaran untuk berpoligami. Undang-undang yang telah diperuntukan bukan untuk menyekat amalan berpoligami tetapi untuk menjaga maslahah  semua pihak bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau komplikasi yang bakal ditempuhi kelak.


Dah faham ?. Kalau dah faham AL nak cakap lagi . Rata – rata orang sekarang berpoligami sebab nafsu . Bukannya tanggungjawab . Memang tak boleh salahkan lelaki 100% tetapi macam tulah . Bila AL cakap nanti ada orang mengata AL , AL ni melawan takdir . Ejek Nabi Muhammad walhal AL cakap fasal orang sekarang . Bahasa pasarnya jaman now .

Yang perempuannya pula zaman sekarang ni . Kalau suami orang tu cepatnya menggeletis . Aku yang belum kawin pun geli tengok bini orang bertepuk tampar . Rampas merampas ni sekarang macam dah menjadi perbuatan halal .
Nak cakap ye perempuan , tak rasa berdosa ke khianati kaum sendiri ?? . Tak rasa berdosa ke rampas kebahagiaan anak – anak laki orang yang kau rampas daripada dia ?? . Ye , mungkin kau takkan merasa kerana sedap merampas hak orang.

Wahai laki orang kat luar sana , sebelum kau nak cuba berpoligami fikirlah perasaan isteri kau yang dah hidup bertahun –tahun dengan kau  , sediakan makan minum kau , tunaikan nafkah batin kau . Fikirlah kesusahan dan kepayahan untuk menghalalkan hubungan kau dengan isteri kau .

Kalau kau rasa boleh teruskan .. Aku takkan paksa ... Sebelum itu , baca syarat diatas ni ye !. Pada yang suka melabel aku dengan khianati ajaran Allah kau takkan rasa duduk ditempat aku yang dirampas hak sebagai anak dan dinafikan hak untuk digembiran oleh seorang lelaki yang bernama Ayah ....

Post a Comment

My Instagram

Made with by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates