#reviewdrama – Leftenan Zana




Janna Nick sebagai Leftenan Zana Tunku Hanis sebagai Leftenan Raz Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar Redza Rosli sebagai Kapten Haniff Zarul Husin sebagai Arul Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim Nazrief Nazri sebagai Zaidi Aprena Manrose sebagai Tisya Izzat Mushtaq sebagai Faiz Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra Sue Sophie sebagai Mah Annie Mosha sebagai Abby Ozlynnwatie


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada  semua pencinta drama melayu . Sebelum itu tanniah kepada JS Picture kerana drama Leftenan Zana mencapai 16 juta tontonan . Dengar – dengar ada penonton yang minta sequel drama ini dilakukan . A . L sebagai peminat turut drama ini dipohon buatlah sequel .

Jalan cerita drama Leftenan Zana ini sangat ringkas dan mudah difahami . Dan plot yang diguna pun banyak yang terjadi dalam institusi kententeraan . Tentera memang penuh dengan displin . Untung sangat Janna Nick boleh jumpa orang hebat dalam pasukan tentera . Macam semalam Kolonel apa A . L tak ingat .. Tapi , serius Kolonel tu mesti garang Ya Rabbi ...

Tapi , A . L nampak Kak Sheila Rusly nampak tertekan dan amat struggle untuk siapkan task untuk drama ini . 10 bintang untuk usaha ini . A . L pun banyak yang tak tahu fasal tentera ini . Yang A . L suka bila Kadet Zana jumpa pegawai atasan nak keluar baris nak pergi bertugas pun ada command dan di MTD tak boleh keluar sembarangan dan MTD bukan macam universiti biasa ...

Bagi anda semua yang belum tengok Leftenan Zana , malam ini episod last ... Bosan lah lepas ini tiada Leftenan Zana

OST  - 10 
JALAN CERITA - 10
PELAKON - 10 
= 10 BINTANG 

SINOPSIS

Mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat.Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.
 

PELAKON

  • Janna Nick sebagai Leftenan Zana
  • Tunku Hanis sebagai Leftenan Raz
  • Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
  • Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
  • Zarul Husin sebagai Arul
  • Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
  • Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
  • Nazrief Nazri sebagai Zaidi
  • Aprena Manrose sebagai Tisya
  • Izzat Mushtaq sebagai Faiz
  • Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra
  • Sue Sophie sebagai Mah
  • Annie Mosha sebagai Abby
  • Ozlynnwatie


Tulislah tentang aku dengan tinta hitam atau tinta putihmu. Biarlah sejarah membaca dan menjawabnya.. - Soekarno -

4 comments:

  1. i dunno why but im not really a fan of janna nick. and i don't actually watch malay dramas that often. haha i wonder if this will be worth the watch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tengok Janna berlakon berbanding mnegacara

      Delete
  2. Layan jugak Leftenan Zana ni. Cuma ending semalam macam tergantung je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes .. betul sangat Kapeten Hannif belum nikah . Huhuhu

      Delete