TONSIL & THYROID

By A . L - June 10, 2019




Assalamualaikum W . B .T dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog kesayangan Kak Yana . Hari ini Kak Yana baru ada kekuatan untuk cerita kepada semua apa yang jadi selama ini dan kenapa aku jarang ‘ update ‘ entri .

Sejak penghujung bulan Januari pada tahun ini aku kerap ulang alik ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang ( HEBHK ) untuk ‘checkup’ tentang tonsil dan thyroid . Aku sebenarnya pun tak sangka aku ada dua penyakit dalam 1 masa . Aku mulai perasan aku batuk lambat nak baik sejak aku di Tingkatan 6 lagi . Tapi tulah , aku anak sulung . Kalau aku sakit , siapa nak tolong mak aku . Itupun sepanjang aku pergi ulang alik hospital pun aku kena cemuh kena maki lagi sebabnya aku tak kerja tak senangkan mak aku .

tonsil ,  thyroid

Macam – macam ujian aku kena buat di hospital daripada ambil darah sampailah ke ujian CT scan . Semuanya berlaku terlalu singkat . Kemuncaknya bila Dr Mazlina doktor pakar dari Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat ( HSNI ) ‘decide’ suruh buat pembedahan pada 16 Ramadan bersamaan dengan 21 Mei 2019 . Dr Mazlina cakap dia nak buang tonsil tu dulu sebab dah hampir tutup telinga dan jalan NAFAS aku jadi KECIL ! . Bila di lihat dari mata kasar tonsil tu cuma nampak dua sahaja , bila di scan tonsil aku dah beranak pinak ! .

Masuklah aku kat wad hari Isnin tu . Ini yang ke 3 kali aku masuk hospital . Petang Isnin tu ada dua orang doktor dating ke katil aku . Doktor ini doktor pakar bius . Doktor Chong cakap aku tak boleh masuk tiub ikut hidung sebab saluran nafas aku terlalu kecil segala kemungkinan boleh berlaku diantaranya MATI ! . Malam tu aku tak boleh tidur lelapkan mata . Aku pun berdoa kalau aku ditakdirkan mati pada esok hari aku redha , kalau Kau belum izinkan , aku redha kerana aku belum puas rasanya nak berkhidmat untuk orang yang memerlukan perkhidmatan aku .



Semuanya berjalan lancar pembedahan aku . Macam magik  , bila dia suruh tarik nafas hembus gas ape ntah aku tak tahu , tau – tau dah siap dia kejut . Dia punya pening tu memang tak boleh bincang . Muntah 5 kali , mulanya muntah darah . Takut wei . Macam itu rupanya pembedahan . Dahlah mula – mula aku dibawa masuk ke dewan bedah tu takut tengok Dr Nik yang ambil kes aku tu nampak riak wajahnya takut . Dia bulatkan mata aku pun jengil lah mata . Apa dia ingat dia seorang sahaja ke yang ada mata besar ?... kuikuikui …

Aku keluar wad hari Khamis . Aku pun rasa lega sangat .Walaupun masa nak menelan makanan tu masih susah yak amat .  Ingatkan dah tak boleh hirup udara di tanah Kluang ini . Yang penting rindu gila kat rumah tu sangat menebal . Apa yang jadi tu aku ambil iktibar dan akan aku hargai apa makna kehidupan . YANG PALING PENTING AKU BOLEH SAMBUT RAYA .

Namun , nak lega dulu tak boleh sebab dr kata akan buat pembedahan untuk thyroid dan makan ubat hormone sepanjang hidup . Jangkaannya tu hujung tahun ini buat pembedahan ..                     







  • Share:

You Might Also Like

0 Comments