KERJA BARU .

By A . L - September 17, 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Maafkan A . L kerana lama menghilang dan tak pernah lagi mengemaskini entri terbaru A . L . Sekarang ini A . L menimba pengalaman baru dengan bekerja sebagai pekerja am di kilang ART FIBERGLASS PANEL . Kilang ni aku baru tahu kewujudannya pun baru ini . Setelah 20 tahun beroperasi . Walhal , dekat dengan rumah aku tu .Boleh tak tahu pula .


Mula – mula memang aku rasa susah nak faham cara kerja orang kat kilang tu . Yang tak seronoknya aku kena BULI . Suruh sapu lah , kutip sampah yang bukan aku buang  lah . Salah sikit je kena tengking macam anak tiri . Rasa nak macam nak nangis kat situ juga . Hadap panas lagi , habuk . Allah sahaja yang tahu derita nak cari duit halal tu macam mana . Nak cari yang tak halal senang je dapat . Itu perbezaannya .


Tapi , kan orang Myanmmar ni terutama sekali perempuan , dia kalau ada kawannya memang menjadi . Mengumpat la apa lah tapi dalam bahasa dia tapi , Tapi , kan kalau kena gayanya bual dengan mereka ni seronok jadinya . Itupun  kawan aku si Mee Mee namanya , dia dah tak ada kawan dengan aku pun jadi bual . Sebab dah mati kutu tak tahu nak bual dengan siapa lagi kan . Kalau ada si gemuk Sun Sun tu jangan harap la . 


Yang aku tabik tentang mereka ni , bila hari Ahad pun diorang sanggup bekerja . Kalau aku memang tak la . Tauke caakap sekali pun diorang dah faham . Lagi best diorang lagi cepat buat kerja berbanding aku . Tak ada diorang pun aku susah jugak .

Kerja kat sini memang kena banyak bersabar .Kena tahan panas , tahan sakit kaki dan kena tahan telinga lah . Nak cari kerja lain pun dengan zaman sekarang yang serba serbi kena guna wayar bukannya senang . Nak tak nak harung je lah .

Lagipun  aku kerja kat situ bukannya lama pun . Kalau diizinkan Allah , 1.05 . 2020 aku kena bersara wajib . Kalau tak ada aral melintang dan ddengan izin Allah aku akan bakal menamatkan zaman bujang bulan 6 tahun hadapan . Aku tetap  sayang dengan kerja ni . EPF dia banyak tu . OT dia 1 jam RM 10 .50  kalau sampai pukul 10 .00 malam dah berapa kan ..Aku tetap berpegang dengan kata kata ini . Kalau kerja macam lembu pun kalau badan sakit ada yang nak peduli kat kau .. TAK ADA KAN ???












  • Share:

You Might Also Like

1 Comments