SETIA SEEKOR ANJING

By A . L - October 04, 2018

Assalamualaikum W.B.T

AL baru teringat di tempat tinggal AL ni ada satu ekor anjing ni namanya Itam . Memang hitam macam arang . Tapi , nasib tak menyebelahi anjing Itam tersebut .

Macam nilah rupa Itam 

Dia mati sebab anak dia 'stuck' kat tempat beranak dia . Mungkin apa yang aku cakap ni kamu semua anggap aku kejam . Sebenarnya sebelum Itam mati aku memang nampak anak dia 'stuck' . Aku pun tak tahu nak tolong macam mana , ada orang cakap suruh tarik anak dia. Tapi , aku ni geli plus takut . Tapi , dah ajal dia kan . Untuk pengetahuan kamu semua , anak dia ni tak cukup bulan . Bulu pun cuma ada sikit - sikit .

Tetapi ,

Macam ni lah baka si Kumbang tu

Yang membuatkan aku sedih ada lagi satu anjing ni namanya Kumbang . Kiranya dia ni macam suami si Itam ni jugaklah . Aku nampak muka sugul gila . Hari - hari pergi tempatnya si Itam di tanam . Orang lalu tempat kubur Itam pun dia marah .

Aku pun terfikir kalau lah manusia boleh belajar setia dan tak memilih paras rupa kan okay ye. Tengok manusia hari ini dibibir sahaja cakap setia tapi bila dibelakang Allah sahaja yang tahu.

Banyak benda yang aku boleh belajar daripada tengok anjing walaupun anjing ni binatang haram . Lagi haram kalau benda tu terang-terang berdosa tapi kau buat jugak .Siapa gitu? . Manusia yang sering buat dosa lah!

Ada pengalaman pasal anjing ? . Jom komen dibawah




  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. shu pernah nampak anjing, tetiba dia macam menghala ke arah shu, terus lari masuk dlm kereta. pastu anjing tu lari buat dek je kat shu. penakut punya pasal kan. hahahaha

    ReplyDelete