CIRI - CIRI LELAKI IDAMAN SAYA

By A . L - January 16, 2019


Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Alhamdulillah hari ini baru rasanya aku berkesempatan untuk menjawab soalan yang selalu orang asyik menanya kat aku . Soalannya berbunyi begini . Menjelang 26 ni kakak jawab soalan anda semua...

“Apa ciri – ciri lelaki idaman awak ?”

Soalan yang  bagus dan yang paling bijak . Aku bukanlah nak mencari yang kacak macam Datuk Adi Putra dan yang kaya macam Datuk Aliff Syukri . Cukuplah yang bersederhana dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami . Konsep aku ialah biar muka pecah rumah sekali pun tetapi dalaman kena baik . Alah macam kau beli pinggan untuk mak kau kalau boleh kau tak nak beli kat kedai biasa kalau boleh mesti nak beli kat kilang Claytan sendiri kan . (Tiber ...)
Untuk kamu yang menanya tu bolehlah baca kat bawah ini ya .

JAGA SOLAT

Calon yang aku cari mestilah yang jaga solat . Kata nak bina masjid . Kalau solat sendiri pun tak reti nak jaga inikan nak jaga anak orang . Mesti kamu semua nak tahu macam mana nak tahu calon kita tu jaga solat ke tidak ?. Aiseymannn .... Telefon dia pagi – pagi buat kejutan tengok dia mengagau ke tak???... hahahahahah

PANDAI BACA ALQURAN

Kebanyakkannya  syarat yang nombor dua ni orang selalu pandang enteng . Daripada syarat ini lah aku selalu uji ex aku boleh tak dia baca doa qunut dan boleh tulis jawi ke tidak . Yang ada orang pandai baca jawi tapi tak pandai baca Alquran . Doa qunut pun sekadar baca, Banyak yang tak tahu doa qunut ni doa paling manis untuk mengharungi waktu siang kalau kita perhalusi maksudnya

syafiq kyle , remy ishak , tacyeon , donghae
crush kakak 

KERJA

Kau lelaki mestilah kena kerja ... Walaupun gaji ciput asalkan halal ... Jangan jadi mat pet nak ambil jalan mudah je nak banyak duit .. LAGI SATU AKU BENCI ORANG YANG MENGHARAP DUIT ORANG TUA ! . Sihat walafiat tu kerja je ..

BUKAN PEMBOHONG DAN PENIPU .

Aku paling semak dengan pembohong . Ini aku bagi amaran boleh je nak kenal – kenal dengan aku tetapi bila aku dah serius dengan kau dan didapati kau menipu aku . Aku akan cari kebenarannya sampai  ke lubang cacing  dan aku akan tinggalkan kau . Muak dengan penipu ni dah banyak kali kena .

BUKAN SEORANG PEROKOK

Biarlah orang kata mustahil untuk aku cari bakal lelaki yang tak hisap rokok . Dan aku tak kisah orang nak label aku poyo . Takkan dalam setandan tu mana ada yang masak semua kan ?. Mesti berperingkat
peringkat . ( Betulkan aku kalau aku salah peribahasa ni ) . Sebab apa aku cakap macam ni , aku ada masalah dengan bau rokok . Baunya pun dah membuatkan aku guling –guling tahan pening . Sesak nafas aku pun ia . Bukan aku mengada –ngada tau . Korang yang laki tu cuba- cubalah berhenti merokok  , walaupun agak susah . Kalau kau istiqamah dan tekad konpom kau boleh . Lagipun  kurang kekacakkan kau bila kau seorang perokok . Percayalah kakak .

T & T

Tanggung jawab dan toleransi . Actually kat sini lah kebanyakkan suami zaman sekarang ni gagal  bab ini . Kalau dah namanya SUAMI , nafkah anak bini nak kena cukupkan . Nak citer bab ni pun panjang ya amat . Tapi , lah satu je nak cakap jangan jadikan isteri anda sebagai hamba abdi anda . Nanti aku sambung bebel bab ni ye ....

HORMAT – MENGHORMATI

Tang ni pun orang selalu gagal . Pernah lah aku nampak kat R & R ( dirahsiakan )  , makcik cleaner tu terlanggar si laki ni kot wah wah dia punya marah sampai satu tempat parking dengar . BTW pakaian mak cik ni agak kotor mungkin jatuh standard kot terlanggar . Kereta bukan main besar lagi tapi otak kat tapak kaki . Mintak simpang lah laki macam ni . Hormat menghormati ni penting untuk kita nak tengok boleh tak dia saying anak bini . Kalau dah tak hormat orang tua macam mana dia nak sayang kau nanti bila dah tua kerepot .

Aku rasa sampai situ sahaja coretan aku kot nanti kalau ada nanti akub tulis lagi ye ... oklah bai !!!






  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Ciri utama yang ada kat suami sy yg sy rasa , he is the one adalah bila dia boleh terima baik buruk kita, boleh terima muka sememeh kita tanpa sebarang makeup, boleh terima kekurangan kita.. Barulah rasa yakin nak kahwin dengan dia hahahaa..

    ReplyDelete