Pengalaman kali pertama guna perkhidmatan Grab

By A . L - January 16, 2019



Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kesayangan A . L . Sebenarnya A . L rasa teruja sangat bila pertama kali naik Grab . Yelah sebelum ini rasa takut nak naik Grab . Banyak betul benda buruk melintas di kepala ini .


Tapi, ternyata tidak selepas menggunakan perkhidmatan Grab. Grab dan teksi biasa banyak bezanya ye semua ! . Terlalu banyak .




Nak tahu jarak perjalanan dan tambang kena berapa dalam masa perjalanan pun kita tahu siap - siap . Tak macam teksi . Pernah nak pergi hospital pun kena ketuk RM 12 ye ! . Alasannya dia balik tak ada pelanggan . Di situ kita dah nampak perbezaannya .


Kalau guna perkhidmatan Grab ni dahlah cepat sampai , kereta yang di gunakan boleh tahan wangi sampai pening kepala aku . Bersih dan berbaloi dengan duit tambang yang kita bagi .


Untuk perkhidmatan teksi , belajarlah daripada Grab . Jadi orang yang berhemah dan tak usah nak kelentong . Perbaiki sikap walaupun tak semua bersikap begitu . Tetapi , sendiri mau ingatlah .




  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Ya. Berharap sangat yang pemandu teksi belajar daripada Grab. Jangan asyik nak marah driver Grab je. Kesian diorang. Diorang pun nak cari sesuap piza juga. Eh.

    Join sini boleh? https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete