#reviewdrama – Dia Menantu Rahsia

By A . L - February 26, 2019


Ashraf Muslim , Raysha Rizrose , Dia Menantu Rahsia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pencinta drama Melayu . Ini merupakan drama pertama yang A . L akan review untuk tatapan pembaca setia blog diarialialiyana . Drama yang akan A . L review ini bertajuk ‘ Dia Menantu Rahsia ‘ .

A . L sebagai pencinta drama melayu ini agak kurang berkenan dengan jalan cerita drama ini . Melalut ada merapu pun ada .. Boleh pula anggap si isteri tu seorang ‘maid ‘? . Syakir ( Ashraf Muslim ) betul – betul  jatuhkan martabat seorang isteri dan ianya tak patut isu ni jadi big problem dalam drama ini . Sorokkan perkhawinan bukanlah saranan yang dibawa oleh agama Islam dan perkhawinan adalah kebaikan yang wajib disebarkan ke pengetahuan khayalak .. Supaya tidak timbulkan fitnah .

Dari segi pelakon memang tak ada masalah. Semuanya otai .. Tapi , sayang abang Ashraf salah pilih skrip untuk drama kali ni . Sepatutnya abang Ashraf lebih bijak pilih watak .. Watak kali ni tak best sangat berbanding cerita Mr Boss Miss Stalker .Yang menjadi  a big issue is watak Mellisa lakonan Raysha Rizrose sumpah A . L tengok mimik muka dia pun A . L tak pasti dia nak marah ke sedih . Sebab mimik muka dia nothing tau . Nak terangkan pun tak tahulah .. A .L perasan tau sejak dia berlakon dengan Idris Khan dia macam tunjuk muka gelabah ..

Mungkin Raysha kena belajar banyak dengan Fazlina Ahmad Daud a .k .a mak Syak sebab A .L daripada dulu memang fans berat dengan akak ni .. Contoh seniwati yang berjaya mendalami watak . Campaklah watak apapun memang boom kejadiannya.

So markah yang A .L bagi
Jalan cerita : 0 ‘
Pelakon 1.5
=  1 star

DRAMA DIA MENANTU RAHSIA

Sinopsis

 Pertunangan antara Zamer (Syazuwan Hassan) dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa (Raysha Rizrose). Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri.Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir (Ashraf Muslim) di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka.Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia (Mona Allen) juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing.Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?



 PELAKON

  • Ashraf Muslim sebagai Syakir
  • Raysha Rizrose sebagai Melissa

  • Syazuwan Hassan sebagai Zamer
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sarah
  • Mona Allen sebagai Engku Karmila / Engku Kamelia
  • Raja Hakim sebagai Engku Razzi
  • Ridzuan Hashim sebagai Tuan Suhaimi
  • Aida Khalida sebagai Puan Badariah
  • Afzan A. Rahman sebagai Shamsul
  • Wilma Muhammad sebagai Engku Maimunah
  • Pauline Tan sebagai Jenny
  • Aisya Hasnaa sebagai Zulaikha



    • Share:

    You Might Also Like

    1 Comments

    1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
      BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
      BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

      ReplyDelete