AIR KENA CATU ???

By A . L - March 27, 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang A . L sayangi . Allah minggu ini penat betul lah tak ada air ini .. Mula – mula air yang sepatutnya ditutup mula  25 . 03 .2019 tak ada angin tak ada ribut pula itu , malam 24 .03 itu dah tak ada dah .. Setitis pun tak ada ...

Tutup tiba – tiba itu dah macam rutin dah tapi di kawasan aku ini adalah air itu  walaupun tekanan airnya kecil . Lagi pun rumah aku rumah pertama . Apa pun rumah pertama yang menang . Hiks ..

Sebab tak ada air tempoh hari itu malas lah nak cakap lebih .. Anda semua mesti dah tengok berita kan ?. Pelik sangat masalah air dah 10 tahun dah berkali tukar kerajaan pun masih lambat nak tangani masalah air . Pihak Istana Johor dah ‘ambush’ baru nak bertindak .. Ishh .. Sangat menyusahkan betul !

tengok ikan mati ini !

Ini pula esok dah mula air ditempat kawasan A . L dicatu sebab musim kemarau . Empangan Machap yang susah nak kering pun jadi kering . Sekarang memang terasa betul panasnya . Bila kemarau ini macam – macam lah yang berlegar dilaman sosial kemarau ini sebab HAARP lah sebab nak kiamat lah . Macam – macam lah .

Aku bukan tak percaya . Aku percaya kiamat tapi terjadinya hari Kiamat itu semuanya dengan IziNya . Memang tanda – tandanya terjadi hari kiamat itu dah banyak terjadi . Tapi , sebagai manusia biasa banyak – banyak berdoa dan tinggalkan kemungkaran banyakkan amal dan amalkan 10 ayat pertama surah Al Kahfi ..

Sampai ini coretan kali ini . Maafkan A . L kalau A .L dah kurang tulis entri di blog ini . A .L akan baiki kesilapan A . L .. Selamat  membaca ..

Sayang
A . L 

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. kenapa diorang tak kata sebab pencemaran & deforestation yang manusia buat untuk hidup mewah? Kelakar. Dekat sini pun nak catu air jugak ni. Semoga cepat masalah ni selesai. Be strong sis

    ReplyDelete

  2. ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete