G.O.G PART 2 – PENGALAMAN MENCABUT GIGI BONGSU

By A . L - March 04, 2019


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera untuk pembaca blog kesayangan A . L ini . Dah berhabuk bersawang dah blog ini . Dah lamanya rasa A . L tak menulis di blog ini sejak A . L menghilangkan diri . Tanpa membuang masa A . L akan ceritakan pengalaman A . L fasal gigi bongsu yang membuatkan A . L tak tenang tidur .

Sebenarnya gigi bongsu A . L sakit ini dah lama . Di entri yang lepas pun A . L ada kongsikan tentang sakit gigi yang A. L alami di SINI . Sakitnya berulang pada bulan Disember 2018 . Masa itu memang tak tenang lah tidur bisanya suppp sampai ke telinga . Keesokkan harinya macam itu  A . L ke KK Simpang Rengam untuk pemeriksaan gigi . Selepas pemeriksaan gigi tulah A . L baru mengetahui yang gigi A . L ada masalah karies pada gigi bongsu A .L . Doktor di KK Simpang Renggam bagi tarikh untuk pemeriksaan masalah gigi bongsu A . L ke Hospital Enche Hajjah Besar Khalsom Kluang . A . L masa tu takut pun ada . Macam –macam perasaan yang timbul .  huhuhu

23 DISEMBER 2018

Tibalah masanya waktu pemeriksaan selanjutnya di HEBK Kluang di Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial . A . L sebenarnya tak tahu dalam hospital ada sektor untuk pergigian , mata dan O & G . Kliniknya sederet sahaja . Yang A . L tahu dalam hospital cuma ada Klinik ENT sahaja . Ya Allah ‘noob’ nya . A . L boleh sesat nak cari Klinik Bedah Mulut je . Nasib baik ada jururawat yang baik hati . Jumpa juga .

Sampai ke kaunter A . L pun serahkan kad temu janji kepada kakak yang jaga kaunter pendaftaran . 
Nasib masa itu orang tak banyak , cepat sikit . Kakak jaga kaunter itu dia suruh A . L buat pemeriksaan sinaran X atau pun dikenali sebagai X – RAY untuk kenal pasti struktur gigi A . L
Sampai ke tempat X RAY itu aku tunggu giliran nama aku dipanggil . Setelah dipanggil aku ke tempat mesin untuk XRAY mulut aku . Pakai apantah benda tu pusing sekeliling kepala aku dah macam hero starwars pula . Oh ye ! . Dia suruh gigit tang besi yang disalut plastik lepas itu kau kena katup mulut kau dan SIAP ! . Tak sampai 15 minit pun XRAY itu . Lepas itu A . L tunggu lagi untuk ambil filem XRAY gigi A . L . Dah siap tu Allah mengucap panjang tengok gigi aku yang bersepah ..
Lepas dah buat XRAY itu , A . L kembali lagi dengan filem XRAY ditangan A . L untuk dibagi kepada kakak dikaunter pendaftaran tadi . Tunggu dan tunggu lagi sehingglah doktor panggil nama A . L

Doktor perempuan berbangsa Cina ini sumpah baik betul orangnya . Dia suruh aku nganga mulut nak tengok keadaan gigi bongsu aku yang bermasalah . Setelah sentuh itu sentuh ini , doktor tu pun cakap . A . L kena buat pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu aku sebelah kiri bahagian bawah dan atas . Sebab apa aku kena buang kedua – duanya ?. Sebab kalau buang satu sahaja gigi atas nak mencengkam gigi bawah dah tak ada kawan doktor tu cakap . Aku pun kata yelah . Kalau dari XRAY tu pun memang nampak siap ada pakej berlubang besar sampai ke akar gigi bongsu tersebut .


 Bukan masalah tu sahaja yang aku hadapi . Gigi aku bahagian atas tu agak bersepah strukturnya . Doktor tu sarankan aku mengunakan pendakap gigi . Selain itu , gigi sebelah kanan tu pula ada satu gigi tu aku tak ingat tapi , doktor tu cakap atas gigi susu tu ada gigi yang tak boleh nak keluar sebab gigi susu ini tak keluar habis . Doktor sarankan suruh buang . Tapi , aku cakap tak sakit . Doktor suruh tampal je yang bersebelahan gigi susu tu sebab infeksinya dah sampai ke gigi sebelah ...

Doktor bagi tarikh untuk pembedahan gigi bongsu aku . Ingatkan cabut hai itu ... Aku adalah membantai roti canai dengan air milo pagi buta . Rupanya kena tunggu hujung bulan ... Plus dia nak tengok tekanan darah aku sebab aku ada masalah anemia iaitu kurang darah . Itu yang dia nak tengok dulu darah aku macam mana tu .

BERSAMBUNG DI G.O.G PART 3 .

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete