G.O.G PART 3 - PENGALAMAN MENCABUT GIGI BONGSU

By A . L - March 05, 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Seperti yang A . L janjikan A . L akan sambung cerita tentang gigi bongsu A . L hari ini . Di bahagian ketiga ini A . L akan cerita proses A . L buat pembedahan kecil dan kosnya di hospital kerajaan .

31 JANUARI 2019

Tiba masanya yang ditunggu – tunggu . Pagi tu aku sampai hospital terlewat sikit sebab tunggu bas tak sampai –sampai . Nasib baiklah dia suruh makan kenyang – kenyang dan bagi aku makan dulu ... Kalau tak memang kena makan penumbuk aku lah jawabnya nanti . huhu



Dah makan tu aku pergilah klinik tu balik . Tunggu nama aku dipanggil ... Ngantuk tersenguk –senguk aku. Nama aku dipanggil juga akhirnya . Aku duduk dikerusi dia periksa tekanan darah aku dengan gula aku .. Huhuhu gula 6.3 terus pasang segala perkakas dia pasang kain hijau kat dada aku . Tutup mata aku .. Takut aku tengok agaknya .Memang tak dinafikan gigil tu memang ada lah .. hahaha. Dia suruh tutup mulut dia letak apa ntah tapi sejuk kat mulut dan dipipi gitu..


Lepas dah letak benda tu dalam 5 minit dibius pula . Lepas dibius tu mulut dengan pipi aku memang rasa tebal gila .. Dah lepas 10 minit tu doktor mulakan lah kerja dia .. Macam – macamlah yang aku dengar gigi aku susah nak tanggal . ( Keras macam tuan dia punya hati juga ) hahah .. Yang paling perit bila mesin potong gigi tu masuk telinga tu .. Punyalah berdenging sampai hari ini ... Rodok punya rodok sampai tak sedar yang gigi tu dah pun tanggal .. Ajaib tu sekejap sangat . . Lepas itu jahit tempat yang dibelah tadi .




Lepas itu gigi atas pula , lepas dibius bagi kebas dia goyangkan sikit –sikit terus tanggal . Dia bagi kapas dah pun siap . Kejap sangat . Dia bagi tengok gigi tu memang berlubang teruk lah tinggal tunggul je. Lepas itu dia suruh ambil preskipsi ubat . Lepas itu dia suruh ambil ubat . Nah engkau banyak gila ubat . . Tak dan nak ambil gambar ubat . Sebab banyak gila . hihihi .. Lepas ini pergi temu janji buka benang pula . Macam mana nanti .. BERSAMBUNG.



  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. adehhhh.. pengalaman pahit. hehe

    ReplyDelete
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete